Biskut makmur, siapa yang tidak mengenal kuih raya tradisional ini, kan? Rasa manis yang lemak dan cair di mulut ini memang membuatkan kita teringin untuk menikmati berbalang-balang! Namun, apakah anda pernah mencuba Biskut Makmur Sabah? Yang ini memang sedikit berbeza.
Berbeza dengan resepi biasa yang menggunakan mentega, biskut makmur Sabah ini ditambah dengan minyak sapi. Sebab itu, biskut ini menjadi lebih aroma, lebih lemak dan rasanya pun lebih ‘berkaya’. Tekstur biskut juga menjadi lebih rapuh dan mudah cair di dalam mulut.
Bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah dan senang untuk ditemui. Selepas ini, anda bolehlah mencuba untuk membuat biskut makmur yang sedap seakan di kedai, bahkan mungkin lebih sedap!
Baca juga: Resepi Biskut Ala Famous Amos, Ada Bahan Rahsia Untuk Memberikan Aroma Pada Biskut!
RESEPI BISKUT MAKMUR SABAH
Bahan-bahan:
- 500g tepung gandum – disangai
- 300g marjerin – dicairkan
- 2 sudu besar minyak sapi – dicairkan
- 250g kacang tanah – kisar separa halus
- 60g susu tepung
- 50g gula aising
Langkah-langkah:
- Sangai tepung gandum sehingga masak (bagaimana cara untuk tahu tepung sudah masak? Apabila tepung terasa ringan). Gunakan api yang kecil dan sentiasa kacau.
Sejukkan dan ayak tepung itu. - Cairkan marjerin dan minyak sapi.
- Tunggu sehingga sejuk, masukkan tepung gandum, kacang tanah, gula aising dan susu tepung, gaul semua bahan sehingga sebati.
- Bulatkan adunan dan boleh dibakar.
- Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit, pastikan bahagian bawah berwarna keemasan.
- Setelah biskut masak, ketepikan sekejap untuk membiarkannya sejuk.
- Apabila sudah sejuk, gaul bersama susu tepung dan gula aising.
- Selamat mencuba!
Sumber: Tuan Adrianna Arissa
Baca juga: Resepi Biskut Dahlia Tanpa Menggunakan Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tidak Jatuh