Keajaiban Rasa: Makanan Tradisional Malaysia Menang Emas di Dubai!


traditional Malaysian cuisine

Masakan tradisional Malaysia sekali lagi diperkenalkan di peringkat global apabila pasukan chef tempatan yang berpusat di Dubai berjaya meraih Pingat Emas dan gelaran ‘The Best National Cuisine In The World’ di kejohanan masakan tradisional dunia yang diadakan baru-baru ini di Dubai.

Antara yang terpenting di sebalik kejayaan ini ialah Chef Syafiq Shahrom, yang kini berkhidmat di Grand Hyatt Dubai. Beliau memulakan karier dalam dunia kulinari selepas menamatkan pengajian dan meneruskan belajar dalam seni kulinari serta pengurusan hotel di KLMUC. Kerjayanya bermula di Kuala Lumpur dan sehingga kini telah bekerja di pelbagai negara termasuk Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Bahamas, dan kini di Dubai, UAE.

Baca juga: Malaysia Tampil Hidangan Kreatif Di Pastry World Cup 2025, Berjaya Bawa Pulang Pingat Gangsa

MAKANAN TRADISI MALAYSIA DINOBATKAN TERBAIK DUNIA

traditional Malaysian cuisine

Chef Syafiq yang juga merupakan salah seorang pengurus pasukan berkongsi bahawa perjalanan untuk meraih kemenangan di kejohanan ini bukanlah mudah. Pasukan ini telah menjalani proses latihan bermula tiga bulan yang lalu.

Pasukan Malaysia terdiri daripada lima chef dan dua pengurus yang bersaing dalam kategori makanan tradisional dunia. Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari negara-negara terkenal seperti Perancis, China, Thailand, Afrika Selatan, Indonesia, Itali, Sri Lanka, India, Nepal, Syria, dan banyak lagi.

Mereka diberikan waktu tiga jam untuk menyajikan tiga jenis hidangan iaitu pembuka selera, hidangan utama, dan pencuci mulut.

Hidangan yang disajikan oleh pasukan Malaysia:

Pembuka selera:

  • Otak-otak Daun Pisang
  • Kerabu Umai Laktok & Limau Bali
  • Lohbak Ayam Penang

Hidangan utama:

  • Nasi Kerabu Ulam-ulaman
  • Udang Bakar Sambal
  • Ayam Rendang Nogori
  • Achar Awak Nyonya

Pemanis mulut:

  • Kuih Keria Melaka
  • Puteri Dua Sebilik Pahang
  • Cendol Pandan Penang

Warisan Dari Kampung Ke Pentas Dunia

Setiap sajian diinspirasikan oleh negeri

Asal anggota pasukan dan resepi warisan yang diterima sejak zaman kanak-kanak daripada ibu serta nenek mereka. Objektif utama mereka adalah untuk mempersembahkan rasa makanan tradisional rumah ke meja juri, mencipta pengalaman seolah-olah mereka sedang menikmati hidangan terus dari dapur kampung halaman kami.

Dalam aspek persembahan, mereka memelihara elemen budaya Melayu seperti penggunaan bakul, dulang, mangkuk tingkat serta penyediaan air untuk basuh tangan sebelum hidangan. Elemen ini memberikan keunikan yang membezakan Malaysia dari pasukan lain.

Barisan juri terdiri daripada para profesional dari Australia, Jerman, Afrika, Mesir, Amerika Syarikat, Singapura, Switzerland, negara-negara Nordic, dan Emiriah Arab Bersatu. Selera mereka sangat teliti, namun persembahan serta rasa masakan Malaysia berhasil memikat hati mereka semua.

Pasukan ini membawa visi untuk mengangkat nama Malaysia melalui masakan. Jika negara lain berbangga dengan hidangan seperti pasta, sushi atau tom yam, pasukan ini percaya masakan Malaysia seperti nasi lemak dan nasi kerabu juga patut dikenali di seluruh dunia.

Kemenangan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat bagi generasi muda dalam dunia kulinari untuk terus memartabatkan warisan masakan Malaysia.

Chef Syafiq yang mewakili pasukannya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dari awal sehingga mereka berjaya menggenggam piala ‘The Best National Cuisine In The World’.

Barisan Pasukan

Pengurus & Jurulatih:

  • Chef Rene Johari
  • Chef Syafiq Shahrom
  • Chef Azlee Zainon

Pasukan Utama:

  • Muhammad Azzam Omar
  • Muhammad Nabil Eman
  • Raihana Adawiyah Khairil Anwar
  • Muhammad Yusri Yuzani

Sokongan Utama:

  • Konsulate Jeneral Malaysia di Dubai
  • Tourism Malaysia Dubai

Baca juga: Nasi Goreng Kampung ‘Juara’ Di Hati Chef Terkenal New Zealand, Terpilih Sebagai Hidangan Terbaik!





Source link

Scroll to Top