Hidangan lauk zaman dahulu tidak pernah pudar, seperti resepi Ayam Masak Cabai ini. Walaupun sudah berabad-abad, namun kenikmatannya masih terasa.
Generasi lama pasti menyedari betapa wangi aroma hidangan Ayam Masak Cabai ini. Jika di zaman kini, mungkin orang lebih mengenalinya sebagai ayam masak merah atau ayam masak cili.
Resepi Ayam Masak Cabai ini telah dibagikan oleh seorang perempuan di blog namakucella yang amat gemar memasak untuk anak-anaknya di rumah. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemak Jawa, Lauk ‘Next Level’ Yang Wajib Dicuba Oleh Ibu-Ibu!
RESEPI AYAM MASAK CABAI
Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam (8 ketul)
- ¼ cawan minyak
- 1 sudu garam
- 2 sudu teh gula perang
Bahan-bahan kisar:
- 30 cili kering (buang biji dan rebus)
- 1 bawang besar
- 5 bawang putih
- 2 batang serai
- 3 hiris lengkuas
- 3 hiris halia
- 1 ketul kunyit
Cara-cara memasak:
1. Pertama, lumurkan ayam dengan garam dan kunyit dahulu.
2. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak, tetapi jangan terlalu garing.
3. Dalam minyak yang sama, dengan anggaran ¼ cawan, tumis bahan kisar hingga mengeluarkan minyak.
4. Kemudian, tambahkan garam, gula, serta masukkan ayam yang telah digoreng.
5. Seterusnya, gaul sebati dan biar sehingga kuah menjadi pekat dan berminyak.
6. Akhir sekali, sesuaikan rasa dengan garam, gula atau secukup rasa. Siap untuk dihidangkan!
Generasi terdahulu suka menghias hidangan lauk dengan menaburkan hirisan kucai dan bukannya daun bawang. Mungkin ketika itu, kucai lebih mudah diperoleh berbanding daun bawang.
Dalam resepi Ayam Masak Cabai, anda boleh menambah kentang sebagai pelengkap. Selepas menikmatinya, pasti akan teringat nostalgia semasa di kampung.
Jika anda inginkan rasa sambal yang lebih ketara dan menggoda, gunakan kunyit fresh ketika memasak resepi ini di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: namakucella
Baca juga: Ayam Masak Serai Thai, Ramai Menggemari Resipi Ini Kerana Aromanya Yang Menggoda!