“Keajaiban Rasa: Sotong Masak Hitam yang Mudah dan Penuh Selera!”


resepi sotong masak hitam

Apabila menyentuh tentang hidangan sotong, pasti ramai yang terbayang sotong goreng kunyit, sotong sambal atau sotong masak lemak, bukan? Namun, sebenarnya terdapat satu lagi sajian klasik yang semakin sukar ditemui iaitu Resepi Sotong Masak Hitam.

Hidangan ini dimasak dengan penggunaan serai dan bawang. Kuahnya pekat, berwarna gelap dan terdapat rasa manis semula jadi daripada dakwat sotong. Resipi ini juga sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Tidak perlu menumis, hanya masukkan semua bahan dan biarkan mendidih di atas api.

Aroma serai yang harum sewaktu bergabung dengan bawang pasti membuatkan kita tidak sabar untuk menikmatinya. Kuah yang hitam dan sedikit pekat sangat sepadan apabila dinikmati panas-panas bersama nasi putih. Walaupun kelihatan ringkas, tetapi rasanya memang luar biasa!

Ayuh, cuba resepi sotong ketuk serai kuah hitam ini di rumah. Pasti pinggan akan licin!

Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikuti Teknik Ini Agar Tak Kecut & Tak Liat!

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

resepi sotong masak hitam

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong kecil
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 gelas air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dengan rapi. Jangan buang dakwat hitam kerana ia akan menambah rasa manis semula jadi pada kuah.
  2. Ketuk bawang putih dan serai. Hiris bawang merah, kemudian masukkan semuanya ke dalam sotong yang telah dibersihkan.
  3. Masukkan satu gelas air. Tidak perlu terlalu banyak kerana sotong akan mengeluarkan air semasa memasak. Jika terlalu banyak air, kuah akan menjadi terlalu cair dan kurang enak.
  4. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.
  5. Siap untuk dihidang. Hidangan ini hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk disediakan.

Sumber: Cheyah Saripuddin

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Teknik Ini Dapatkan Rangup Sempurna!



Source link

Scroll to Top