Jika anda sedang mencari idea lauk yang mudah namun kelihatan ‘istimewa’, udang nestum sememangnya pilihan yang ideal.
Hidangan ini bukan sahaja enak, tetapi bau harum dari daun kari dan mentega pasti memikat selera.
Resipi ini juga sangat ringkas dan cepat untuk disediakan. Hanya memerlukan bahan asas seperti bawang putih, cili padi, daun kari dan nestum. Namun, rasanya seperti menjamu selera di restoran.
Ingin tahu cara untuk memasak udang nestum yang lazat dan mudah? Mari ikuti langkah-langkah di bawah.
Baca juga: Resipi Udang Harimau Kam Heong, Aroma Wangi Menggoda Selera Anda!
RESEPI UDANG NESTUM
Bahan-bahan:
- 500 gram udang
- 3-5 ulas bawang putih (lebih banyak, lebih sedap)
- 5-10 biji cili padi (sesuaikan dengan tahap kepedasan)
- 1 tangkai daun kari
- 3-4 sudu besar nestum
- 1-2 sudu besar mentega
- Tepung jagung (untuk melapisi udang)
- Garam atau perasa pilihan (secukupnya)
Cara memasak:
- Lapisi udang dengan tepung jagung dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- Cincang bawang putih dan hiris cili padi.
- Panaskan mentega dalam kuali. Tumis daun kari, bawang putih dan cili padi sehingga wangi dan bawang menjadi keemasan.
- Masukkan udang yang sudah digoreng ke dalam tumisan tersebut.
- Tambahkan sedikit garam atau perasa pilihan.
- Masukkan nestum dan gaul sehingga rata dan menyelaputi udang.
- Sedia untuk dihidang dengan segera!
Sumber: Cikgu Nida
Baca juga: Resipi Sambal Udang Petai, Warna Merah Menyala Buat Anda Tak Sabar Untuk Makan!