Kedamaian Manis: Festival Kek Terbesar KL Menanti Peminat!


pesta kek

Jika anda seorang pencinta kek yang sejati, pesta kek ini perlu tersenarai dalam kalendar anda! Untuk kali pertama, Piknik Kek Terbesar akan diadakan di Malaysia, di The Space, Menara KEN TTDI.

Menurut informasi dari KL Foodie, acara ini akan berlangsung di kawasan taman yang luas, dengan lebih daripada 500 hingga 600 biji kek pelbagai bentuk, saiz, dan rasa menanti untuk dijelajahi dan dinikmati.

Baca juga: Nasi Goreng Kampung ‘Juara’ Di Hati Chef Terkenal New Zealand, Dicatat Sebagai Hidangan Terbaik!

‘PIKKNIK KEK TERBESAR’, PESTA KEK AKAN BERLANGSUNG DI KL

pesta kek

Ia bukan sekadar perhimpunan makan-makan biasa, tetapi sebuah peluang unggul untuk berkongsi minat dan kreativiti bersama komuniti ‘cake lover’ yang lain.

Bagi yang ingin menyertai, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM108 seorang dan peserta diwajibkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu biji kek untuk dikongsi dengan tetamu lain.

Melihat kepada ruangan komen, kebanyakan netizen menunjukkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menghadiri acara ini, kerana inilah masanya untuk merasai pengalaman yang sebelumnya hanya dilihat di luar negara.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada Piknik Kek Terbesar pertama di Malaysia ini. Jom ajak keluarga dan rakan-rakan!

Sumber: KL Foodie

Baca juga: Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun





Sumber pautan

Scroll to Top