Malaysia sememangnya syurga bagi penggemar makanan. Apa sahaja yang sedang tular dari negara luar, tentu ramai yang sanggup beratur panjang untuk mencubanya. Salah satu hidangan yang popular baru-baru ini adalah Nachos Cheese, iaitu nachos yang dihidangkan dengan daging cincang, sayuran dan dua jenis sos yang istimewa.
Walaupun telah lama terkenal di Amerika, setibanya di Malaysia, ia terus menjadi kegilaan ramai! Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita cuba sekarang!
Baca juga: Resipi Cucur Jagung Manis, Guna Resipi Ini Confirm Lebih Sedap & Rangup
CARA MENYEDIAKAN NACHOS CHEESE VIRAL
Ramuan inti:
- 500g daging kisar
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara menyediakan inti:
- Masak daging tanpa menggunakan minyak.
- Tambahkan bawang putih dan teruskan menumis sehingga daging masak sepenuhnya.
- Setelah daging masak, ketepikan untuk seketika.
Ramuan sos hijau:
- 1/2 cawan mayonis
- 3/4 biji cili hijau
- 1 biji lemon / limau nipis
- Daun ketumbar
- Sedikit air untuk proses pengisaran
Cara penyediaan sos hijau:
- Kisar semua bahan sos hijau hingga halus dan sebati.
Ramuan sos putih:
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar lada hitam serbuk
- 1 sudu besar yogurt
- 1 sudu besar cream cheese
- 1/2 cawan mayonis
- Parsley
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit air untuk proses pengisaran
Cara penyediaan sos putih:
- Gabungkan semua bahan sos putih dan kacau hingga rata.
Ramuan hiasan:
- 1 biji tomato (dicing)
- 1 biji bawang merah (dicing)
- 1 biji lada benggala pelbagai warna (dicing)
- Daun ketumbar
Ramuan lain:
Cara penyediaan:
- Buka paket nachos pilihan anda.
- Tambahkan daging yang telah dimasak bersama semua bahan hiasan.
- Terakhir, tuangkan sos keju, sos putih dan sos hijau di atasnya.
- Kacau semua bahan hingga rata sebelum dinikmati.
- Selamat mencuba!
Sumber: Syabiebiey Halym Official
Baca juga: Resipi Dessert Cheese Indulgence, Setiap Suapan Rasa Lembut Berkrim!