Kejutan Lezat: Rahasia Macaroni Cheese yang Bikin Satu Piring Tersisa!


resepi macaroni cheese

Hari ini rasanya nak menyediakan sajian Barat untuk keluarga, tetapi terfikir-fikir idea. Jadi, kami syorkan anda cuba resepi Macaroni Cheese yang senang dan lazat ini.

Macaroni Cheese atau lebih dikenali sebagai mac and cheese adalah sejenis hidangan pasta yang terkenal di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada dan UK (United Kingdom).

Masyarakat Malaysia juga menggemari hidangan Barat seperti resepi Macaroni Cheese yang dikongsi oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Mari kita mencuba!

Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Mudah, Sesuai Untuk Sarapan

RESEPI MACARONI CHEESE

resepi macaroni cheese

Bahan-bahan:

  • 3 cawan macaroni
  • Air yang mencukupi (untuk merebus macaroni)
  • Satu sedikit minyak (untuk merebus macaroni)
  • 3 keping cheese slice
  • 1 cawan serbuk keju
  • 1 sudu parsley
  • 3 cawan susu segar
  • 1 sudu basil
  • 1 sudu oregano

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, rebus macaroni dengan air dan minyak sehingga kembang dan ketepikan sementara.

2. Selepas itu, tuangkan susu segar (saya menggunakan susu penuh krim, boleh juga diganti dengan krim memasak) ke dalam kuali.

3. Kemudian, masukkan semua cheese slice dan serbuk keju (rahsia kelezatan macaroni cheese).

resepi macaroni cheese

4. Seterusnya, masukkan herba Italia (parsley, basil, oregano) ke dalam ramuan.

5. Selepas itu, masukkan macaroni yang telah direbus tadi.

6. Akhir sekali, kacau sehingga sebati. Jika suka lebih banyak kuah, boleh tambah susu. Siap untuk dihidangkan!

Untuk lebih sedap, anda juga boleh tambahkan keju mozarella dalam resepi Macaroni Cheese ini dan hasilnya akan jadi lebih hebat. Jika disediakan untuk anak-anak, pasti mereka akan makan sehingga licin.

Selamat mencuba!

Sumber: Noratiqah Nordin

Baca juga: Spaghetti Aglio Olio Anti Gagal, Ada Cara Untuk Elak Daripada Terhangit



Sumber pautan

Scroll to Top