Resepi puding kristal ini benar-benar pencuci mulut yang lezat, lembut, dan manis yang memikat. Lebih nikmat apabila dinikmati dalam keadaan sejuk, terutamanya pada waktu cuaca yang panas.
Ia sangat sederhana untuk disediakan kerana hanya memerlukan bahan asas seperti serbuk agar-agar dan gula. Jika ingin menjadikannya lebih menarik, boleh menambah pewarna mengikut kehendak.
Jika anda berminat untuk mencuba membuatnya sendiri di rumah, mari lihat resipi lengkap di bawah untuk mengetahui bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Baca juga: Resipi Puding Buah Kuah Kastard, Nikmatnya Masih Terngiang-ngiang Selepas Makan!
RESEPI PUDING KRISTAL
Bahan kristal:
Cara penyediaan kristal:
- Gabungkan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau hingga sebati.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih, pastikan sentiasa mengacau agar tidak berketul.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna pilihan ke dalam setiap bahagian.
- Sejukkan selama lebih kurang 1 jam hingga agar-agar mengeras.
- Setelah sejuk, potong agar-agar berbentuk dadu kecil.
Bahan puding:
- 10g serbuk agar-agar plain
- 900ml air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula (boleh menambah jika ingin lebih manis)
Cara penyediaan puding:
- Gabungkan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau hingga sebati.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih sambil mengacau supaya tidak berketul.
- Tuang susu cair dan kacau hingga rata.
- Tuang adunan ke dalam bekas.
- Masukkan potongan agar-agar kristal yang telah dipotong ke dalam bekas puding susu sebelum ia mengeras.
- Biarkan sejuk dan mengeras sepenuhnya, kemudian potong mengikut saiz yang diingini.
Sumber: Hamizah Yatim
Baca juga: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Letak Pelbagai Isi Sedap!