Untuk peminat kek lapis Apollo berperisa coklat, pastinya anda sudah merasai betapa enaknya kek ini. Makan satu potong sahaja tidak pernah cukup!
Ternyata, membuat kek ini di rumah adalah sangat mudah. Hanya perlu menggunakan loyang besar, anda boleh menikmati sepuas hati.
Disediakan juga dengan cara yang cukup sederhana dan hanya memerlukan bahan-bahan asas yang mudah dijumpai di mana-mana kedai bekam kek.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Krim Seperti Aiskrim!
RESEPI KEK APOLLO COKLAT
Bahan-bahan:
- 1 cawan marjerin (pencipta resepi menggunakan cap pelangi)
- 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan jika tidak suka rasa manis)
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
- Putar marjerin bersama gula dan esen vanilla sehingga adunan menjadi putih, gebu dan mengembang.
- Setelah itu, masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sehingga benar-benar kembang.
- Selanjutnya, tambahkan susu pekat dan gaul dengan lembut.
- Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Kacau dengan senduk hingga semua bahan bercampur rata.
- Panaskan oven selama 10-15 minit. Kemudian, masukkan loyang dan bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 160° untuk 45 minit.
- Apabila masak, keluarkan loyang dari oven dan biarkan sejuk.
- Cairkan coklat melalui teknik double boiler dan ratakan di atas kek yang telah sejuk.
- Selamat mencuba!
Kredit: SuiSan Aliezsha
Baca juga: Kek Coklat Moist Tanpa Tepung Gandum, Resipi ‘Gluten-Free’ Ini Pasti Menarik Perhatian Ramai!