Siapa pun yang pernah menikmati Kek Buah Kukus Sarawak, pasti akan teringat akan kesedapannya. Kali ini, kami akan berkongsi resipinya dengan cara yang sangat mudah dan ringkas untuk disediakan.
Kek Buah Kukus Sarawak mempunyai tekstur lembap, dipenuhi dengan buah-buahan kering dan aromanya yang harum sangat menggoda walaupun hanya sepotong yang dimakan.
Untuk anda yang baru mendengar tentang kek ini dan ingin merasakannya, boleh ikuti resipi yang dikongsi oleh Eiyjarn Aziean AnGah di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Buah Kukus, Hasil Dengan Rasa Paling ‘Moist’ Dalam Mulut!
RESIPI KEK BUAH KUKUS SARAWAK
Bahan-bahan:
- 450gram mentega berkualiti tinggi
- 10 biji telur ayam gred B atau A
- ½ tin gula halus atau gula kastor
- 1 sudu besar esen vanilla
- 1 tin susu pekat manis rendah
- 3½ tin tepung gandum
- 2 kotak kurma merah (200gram)
- 100gram ceri hijau
- 100gram ceri merah
- 500gram kismis campuran
- 500 hingga 800 gram kismis hitam
- 1 sudu teh baking powder (saya letak satu sudu makan)
*Sukat guna susu tin pekat saiz rendah 399gram
Cara-cara membuat:
1. Pertama, pukul gula dan mentega hingga menjadi putih dan kembang.
2. Setelah itu, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla sambil dipukul sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan susu pekat dan pukul sehingga semuanya mesra.
4. Masukkan tepung dan baking powder, lalu gaul dengan senduk sehingga rata.
5. Seterusnya, masukkan buah dan gaul rata.
6. Selepas itu, biarkan adunan meresap semalaman pada suhu bilik.
7. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam loyang 9×9 dan kukus selama 4 jam. Setelah sejuk, potong dan sedia untuk dihidang!
Kek Buah Kukus Sarawak ini kelihatan seperti kek tradisional, namun rasanya pastinya dapat mengimbau kenangan dan menyukakan keluarga tersayang ketika menikmatinya bersama di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Eiyjarn Aziean AnGah
Baca juga: Kek Buah Kukus Klasik, Rahsia Elak Kek Rosak Dari Terkena Wap Air