Kek Butter Sempurna: Wanita Ini Dedahkan Rahsia Kejayaan ‘Moist’ Yang Anda Perlu Tahu!


resepi kek butter klasik

Banyak yang mencari resepi Kek Butter klasik kerana ia merupakan salah satu kek tradisional yang masih popular hingga ke hari ini. Setiap suapan memberikan kepuasan yang tiada tara.

Kek Butter adalah kek paling fundamental di antara semua jenis kek yang ada. Walaupun terdapat pelbagai variasi kek moden, namun keenakan Kek Butter tetap menjadi pilihan ramai.

Zaidah Md Daud telah berkongsi rahsia resipi Kek Butter klasik di Facebook yang menarik perhatian ramai. Mari kita cuba!

Baca juga: Perbezaan Butter Dan Marjerin, Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Membuat Kuih Atau Kek?

RESEPI KEK BUTTER KLASIK

resepi kek butter klasik

Bahan-bahan:

  • 250gm butter tulen
  • 180gm gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • Esen vanilla
  • 280gm tepung penaik sendiri
  • 85ml buttermilk
  • 1 hingga 2 titis pewarna kuning

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama, sediakan buttermilk dengan menambah 1 sudu besar cuka dalam 85ml susu segar, gaul dan biarkan seketika.

2. Sementara itu, pukul butter hingga kembang dan tambahkan gula kastor, kemudian buat pukulan lagi selama 10 minit.

3. Masukkan telur satu demi satu (jangan masukkan serentak), esen vanilla dan tepung penaik sendiri sedikit demi sedikit.

4. Kemudian, aduk dan kaup-kaup hingga sekata.

5. Selepas itu, tuangkan buttermilk dalam dua kali bahagi.

6. Panaskan oven dan sediakan loyang 8×8, tuangkan adunan dan ketuk loyang perlahan-lahan.

resepi kek butter klasik

7. Selanjutnya, masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160ºC dengan api atas bawah selama 40 hingga 50 minit.

8. Terakhir, cek dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum. Jika belum, tambah lagi 10 minit tapi kurangkan suhu kepada 140ºC. Siap untuk dinikmati!

Sebenarnya, kunci dalam resepi Kek Butter klasik adalah penggunaan butter asli. Selain itu, anda memerlukan bahan asas seperti tepung, gula dan telur yang perlu ada.

Selamat mencuba!

Sumber: Zaidah Md Daud

Baca juga: Resepi Kek Butter Mudah, Hasil Tangan Ibu Memang Tiada Tandingannya



Source link

Scroll to Top