Jika anda penggemar sejati coklat, resipi ini semestinya harus dicuba! Kek coklat ganache ini bukan sahaja lembab dan empuk, tetapi juga sarat dengan rasa coklat yang kaya dan memikat. Sekali suap, sukar untuk berhenti.
Apabila anda sudah jemu dengan kek coklat yang biasa, versi ganache ini pasti akan membuatkan anda tergoda. Mari baca hingga selesai untuk mengetahui resipi lengkap langkah demi langkah.
Baca juga: Cara Membuat Kek Batik Klasik, Resipi Tanpa Telur & Tepung Tapi Lembut Ketika Digigit
Resipi Kek Coklat Ganache
Bahan A:
- 200 g gula halus
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu coklat
Bahan B:
- 100 g serbuk koko
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ sudu kecil garam
Bahan C:
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan A dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga semua bahan larut.
- Matikan api, masukkan serbuk koko dan aduk hingga merata. Biarkan campuran sejuk sedikit, kemudian tambahkan telur, esen vanila dan garam. Aduk hingga benar-benar tercampur.
- Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kacau hingga tiada gumpalan tepung.
- Hiasi kertas pembakar di dalam loyang berukuran 8×8 inci. (Rujuk gambar ke-2 – lebihkan kertas agar mudah mengeluarkan kek selepas dibakar.)
- Tuangkan adunan ke dalam loyang, ketuk sedikit dan bakar pada suhu 150°C selama 45 minit atau sesuai dengan suhu oven masing-masing.
- Biarkan kek sepenuhnya sejuk sebelum menuangkan chocolate ganache.
Resipi Chocolate Ganache
Bahan-bahan:
- 300 g chocolate gelap compound
- 250 g whipping cream
- 1 sudu besar mentega
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan dan cairkan menggunakan teknik double boil.
- Biarkan sejuk seketika.
- Tuang ganache ke atas kek yang telah sejuk. Ketuk loyang dengan lembut dan keluarkan buih di permukaan ganache jika ada.
- Sejukkan sekurang-kurangnya 5 jam dalam peti sejuk.
- Setelah 5 jam, keluarkan kek dari loyang. Perbaiki sisi kek dengan pisau yang direndam dalam air panas.
Tip memotong kek: Rendamkan pisau dalam air panas, lap kering, kemudian potong kek secara perlahan.
Sumber: Shaa Rahim
Baca juga: Resipi Kek Butter Menggunakan Marjerin Ini Lebih Wangi & Lembap, Tidak Kering Langsung!