Ingin membuat kek coklat, tetapi melihat telur, susu segar atau mentega seolah-olah tidak cukup dalam peti sejuk? Jangan risau, anda boleh mencuba resipi Kek Gila, iaitu kek coklat yang paling ekonomis.
Kek Gila, juga dikenali sebagai Kek Gila atau Kek Kemelesetan, adalah sejenis kek coklat yang istimewa kerana ia disediakan tanpa telur, mentega, dan susu.
Kek ini sangat terkenal di luar negara, yang asalnya dicipta semasa zaman kemelesetan ekonomi dan konflik apabila bahan seperti telur dan susu sukar diperoleh atau mahal.
Resipi ini dikongsikan oleh Zai Nun Dasuki di Facebook dan yang paling menarik, ia tidak memerlukan mixer. Hanya menggunakan sudu dan anak-anak juga boleh membantu. Mari kita cuba!
Baca juga: Kek Kukus Gebu Versi Berpatutan, Satu Adunan Mudah Dapat Banyak Perisa!
RESIPI KEK GILA
Bahan-bahan kering:
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 cawan gula halus
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil baking soda
- ½ sudu kecil garam
Bahan-bahan basah:
- ½ cawan minyak masak
- 1 sudu besar cuka (cuka biasa)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil serbuk Nescafe (pilihan)
- 1 cawan air suam
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk besar. Gaul rata menggunakan sudu atau whisk.
2. Masukkan bahan basah satu per satu: minyak, cuka, esen vanilla, air suam, dan serbuk Nescafe (jika menggunakan). Kacau hingga adunan sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak atau dilapik dengan kertas. Jika ingin membuat versi muffin, boleh tuang dalam cup kertas.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C selama lebih kurang 30 minit. Masa mungkin berbeza mengikut jenis oven masing-masing.
5. Uji kek dengan mencucuk lidi. Jika keluar bersih, itu tandanya sudah masak.
Jika anda sedang mencari resipi yang mudah untuk hidangan petang atau majlis, resipi Kek Gila ini memang patut dicuba. Cepat, mudah dan pastinya hasilnya memuaskan.
Selamat mencuba!
Sumber: Zai Nun Dasuki
Baca juga: Kek Coklat Moist Mini Menggunakan Acuan Lompang, Hasil Comel Dengan Coklat Leleh!