Setiap kali menikmati Kek Coklat Moist yang lazat, pasti merasai kepuasan yang tak terhingga. Kali ini, kami ingin menunjukkan cara penyediaannya yang simple menggunakan sukatan cawan.
Kak Sue Saranghae II telah berkongsi resepi Kek Coklat Moist yang sedap dengan topping coklat yang sangat meleleh di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Petua Untuk Menyimpan Kek Agar Tahan Lama, Jika Tidak Habis Makan Boleh Gunakan 2 Cara Ini
RESIPI KEK COKLAT MOIST SEDAP SUKATAN CAWAN
Bahan A:
- 3 biji telur gred A
- 1 cawan minyak masak
- ½ cawan gula
- ¾ cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair atau susu penuh krim
Bahan B:
- 1 cawan serbuk koko
- 1¼ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan topping coklat:
Langkah-langkah penyediaan:
1. Pertama sekali, campurkan semua bahan A menggunakan whisk (jika mahu, boleh juga gunakan blender). Setelah adunan rata, ketepikan seketika.
2. Selepas itu, ayak semua bahan B dan masukkan ke dalam bekas bahan A sedikit demi sedikit.
3. Kemudian, kacau dengan spatula sehingga adunan menjadi sebati.
4. Jika menggunakan acuan 5″, timbang 200 hingga 210 gram untuk mendapatkan 4 bekas.
5. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak. Untuk menguji kek, ambil lidi dan cucuk di bahagian tengah. Jika lidi keluar bersih, itu tandanya sudah siap.
6. Kemudian, sediakan topping coklat dengan menggabungkan semua bahan sebelum memasaknya di atas dapur.
7. Selepas itu, masak dalam periuk atau menggunakan kaedah double-boiler. Jika memasak secara langsung, sentiasa kacau.
8. Setelah topping coklat siap dimasak, biarkan sedikit sejuk sebelum tuang ke atas kek. Siap untuk dinikmati!
Banyak yang menggemari Kek Coklat Moist yang sedap ini kerana teksturnya yang lembab dan gebu, ditambah dengan topping coklat yang meleleh membuatkan sesiapa pun terliur melihatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Sue SarangHae II
Baca juga: Cara Membuat Kek Coklat Moist Leleh Dalam Bentuk Mini, Sedar-Sedar Dah Masuk Mulut!