Kek Coklat Mousse: Enak Lembut Seperti Menggigit Aiskrim!


resepi kek coklat

Resepi Kek Coklat Mousse merupakan hidangan pencuci mulut yang pasti akan menarik perhatian peminat coklat. Dengan konsistensi yang lembut dan kaya dengan rasa coklat, kek ini ideal dinikmati pada bila-bila waktu.

Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda dapat menyediakannya dalam waktu yang singkat. Dari lapisan kek yang moist sehingga mousse yang krim, setiap suapan pasti memuaskan.

Jom kita periksa cara penyediaannya di bawah, selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

RESEPI KEK COKLAT MOUSSE

resepi kek coklat

KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kristal (boleh juga gunakan 3/4 cawan sahaja)
  • 1 cawan minyak masak (untuk rasa yang lebih sedap, gunakan minyak jagung)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair

Cara-cara:

  1. Panas semua bahan A di atas api perlahan selama 5 minit atau hingga gula larut dan semua bahan teradun dengan baik. Ketepikan.

Bahan-bahan B:

Bahan-bahan C:

  • 4 biji telur gred A (kisar sekejap hingga nampak kembang, boleh gunakan whisk untuk mempercepatkan)

Cara-cara:

  1. Ayak semua bahan B.
  2. Seterusnya, masukkan Bahan B secara bergilir-gilir dengan Bahan C ke dalam Bahan A. Kacau hingga sebati. Gunakan whisk untuk memudahkan.
  3. Oles dan lapik loyang 8 atau 9 inci. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
  4. Sebelum mengukus, tutup adunan dengan plastik cling wrap supaya air tidak masuk.
  5. Gunakan api besar, tetapi tidak berlebihan.

MOUSSE COKLAT

Bahan-bahan:

  • 60 gm coklat masakan (resipi ini menggunakan dark beryls)
  • 200 gm krim penghidang bukan tenusu whipping cream

Cara-cara:

  1. Double boil coklat dan ketepikan.
  2. Putar krim hingga soft peak, bermaksud lembut. Jangan sampai stiff peak kerana ini akan membuat mousse terasa kasar.
  3. Masukkan coklat cair dan teruskan memutar sekejap. Setelah cukup, berhenti memutar.

Kek yang telah sejuk boleh dipotong, dilayer dan dilapisi sesuai pilihan masing-masing. Kemudian, tuangkan coklat ganache atas kek. Sejukkan sejenak, dan siap! Coklat ganache boleh menggunakan mana-mana resipi kerana resipi ini adalah anggaran sahaja. Selamat mencuba!

Info tambahan:

  • 1 adunan kek = 2 adunan mousse
  • Kek coklat moist boleh menggunakan mana-mana resipi

Kredit: Asma Hatta

Baca juga: Resipi Kek Keju Simple, Guna 4 Bahan Murah Tapi Rasa ‘Mahal’!



Source link

Scroll to Top