Kek Kurma Menggoda: Aroma Harum yang Memikat Seluruh Rumah!


resepi kek kurma

Apabila terdapat banyak sisa kurma selepas bulan Ramadan, anda boleh memanfaatkan untuk mencipta resepi Kek Kurma yang enak. Ia bukan sahaja lembut dan moist, malah aromanya sungguh menggoda.

Hanya dengan mendengar namanya, sudah pasti ia menggunakan buah kurma sebagai salah satu bahan utama dan kek ini sangat digemari pada bulan Ramadan atau semasa Hari Raya Aidilfitri.

Asmida Nor telah berkongsi resepi Kek Kurma di Facebook yang sangat menarik kerana ia dibuat dengan cara dibakar dan hasilnya lembut bila dinikmati. Mari kita cuba!

Baca juga: Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan, Dapat Hasil Bersarang Sempurna

RESEPI KEK KURMA

resepi kek kurma

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur (saya menggunakan telur gred D, sekiranya gred A atau B, guna 5 biji)
  • 250g marjerin atau mentega
  • 2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
  • ¾ cawan gula kastor
  • Esen vanila
  • 10 biji kurma lembik
  • Kurma keras (hiasan atas kek)

Cara-cara membuat:

1. Pertama, lenyekkan kurma lembik tersebut tetapi jangan hingga terlalu kasar atau halus.

2. Campurkan marjerin dan gula, lalu gaul menggunakan senduk sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan telur satu persatu (jangan masukkan semua sekaligus).

4. Setelah semua telur dimasukkan, tambahkan sedikit esen vanila ke dalam adunan.

5. Selepas itu, masukkan kurma yang telah dilenyek sebelum ini dan campur hingga sebati.

6. Seterusnya, masukkan tepung yang telah diayak dan kacau hingga rata lagi.

7. Oles loyang dengan minyak atau lapik dengan kertas pembakar, kemudian taburkan kurma keras tadi (potong kurma mengikut selera).

resepi kek kurma

8. Akhir sekali, bakar pada suhu 160ºC selama 55 minit (bergantung kepada jenis oven masing-masing).

Setelah anda membuat resepi Kek Kurma ini, anda akan memperoleh kek dengan rasa yang manis dan tekstur yang sangat lembut. Jika dihidangkan pada Hari Raya, pasti para tetamu akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Asmida Nor

Baca juga: Kek Coklat Kurma Tanpa Butter, Guna Lebihan Kurma Di Rumah



Sumber pautan

Scroll to Top