Kek Lumut Keju Kukus: Setiap Gigitan Penuh Dengan Keajaiban Rasa!


kek lumut cheese

Jika anda seorang penggemar kek yang lembut dan gebu, resipi Kek Lumut Cheese Kukus ini mesti anda coba. Selain menarik, setiap lapisannya dipenuhi dengan cita rasa yang menggoda.

Kek Lumut Cheese adalah salah satu variasi kek lapis yang terkenal di Sarawak, terkenal dengan lapisan hijau segar dan rasa keju berkrim yang sangat sedap.

Aisyah Humaira Ling telah berkongsi cara penyediaan Kek Lumut Cheese Kukus menerusi video langkah demi langkah di Facebook yang menunjukkan hasil yang amat menawan. Mari kita cuba membuatnya!

Baca juga: Wanita Sarawak Ini Kongsikan Resipi Kek Lumut Kukus, Hasilnya Gebu dan Cantik!

RESIPI KEK LUMUT CHEESE KUKUS

kek lumut cheese

Bahan-bahan untuk lapisan lumut:

Cara-cara untuk menyediakan lapisan lumut:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu sambil mengadun hingga rata.

3. Tambah horlicks, susu pekat, susu tepung nespray, tepung gandum, pasta pandan, esen vanila dan pewarna hijau.

4. Gaul hingga rata dan bahagikan kepada dua bahagian adunan.

5. Letakkan kertas minyak dalam loyang berukuran 8×8.

kek lumut cheese

Bahan-bahan untuk lapisan cheese:

  • 400g krim keju
  • ½ cawan gula halus
  • 1 sudu kecil vanila
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung

Cara-cara untuk menyediakan lapisan cheese:

1. Pukul keju bersama gula.

2. Masukkan telur dan tepung.

Cara-cara untuk membuat kek lumut cheese:

1. Pertama, tuangkan adunan lapisan lumut pertama ke dalam loyang untuk menjadikannya bahagian bawah dan kukus selama 30 minit.

2. Seterusnya, masukkan adunan lapisan cheese sebagai bahagian tengah dan kukus selama 20 minit.

3. Akhirnya, tuangkan adunan lapisan lumut kedua dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak dan tidak melekat pada lidi. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Aisyah Humaira Ling

Baca juga: Kek Lumut Kukus Gebu, Ikuti Resipi Ini ‘Confirm’ Lembap dan Cantik Hasilnya



Sumber pautan

Scroll to Top