Kek Marble Coklat Pandan: Rahsia Menawan di Sebalik ‘Rekahan’ yang Memikat!


kek marble coklat

Kek marble coklat pandan ini berbeza dengan kek mentega tradisional kerana terdapat sentuhan serbuk koko dan enapan pandan, yang memberikan rasa yang luar biasa dan menarik.

Kombinasi rasa coklat yang kaya digabungkan dengan aroma pandan yang wangi menjadikan kek ini bukan sahaja lembut dan sedap, tetapi juga menawan dengan warna yang indah.

Lebih menarik, rekahan yang cantik pada permukaan kek ini tidak terjadi dengan sendirinya. Ada satu petua mudah untuk mencipta efek rekahan tersebut, menjadikan kek ini lebih istimewa.

Setiap potongan pasti akan membuat anda ingin menambah! Jom lihat resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Cara Buat Kek Batik Klasik, Resipi Tanpa Telur & Tepung Tapi Lembut Bila Digigit

RESEPI KEK MARBLE COKLAT PANDAN

kek marble coklat

Bahan-bahan (untuk 2 loyang ‘loaf’ berukuran 7x3x3 inci):

  • 300 g mentega tidak bergaram
  • 200 g gula kastor
  • 300 g telur (tanpa kulit) / 5 biji telur (A)
  • 260 g tepung kek
  • 2½ sdt serbuk penaik
  • ½ sdt garam halus
  • 5 sdb susu penuh krim
  • 20 g tepung kek (untuk bahagian pandan)
  • 2½ sdb enapan pandan
  • 20 g serbuk koko
  • 2½ sdb susu penuh krim (untuk bahagian coklat)

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan 2 loyang ‘loaf’ berukuran 7’x3’x3′. Alaskan dengan kertas pembakar.
  2. Panaskan oven pada suhu 160°C/170°C.
  3. Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan tinggi selama 5-7 minit atau hingga warna adunan menjadi pucat dan berkrim menggunakan pengadun tangan (hand mixer).
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul setiap telur selama 1 minit pada kelajuan tinggi.
  5. Ayak bahan kering (tepung kek, serbuk penaik dan garam) dan tambahkan dalam adunan secara berperingkat – mula dengan bahan kering, diikuti cecair (susu penuh krim), kemudian bahan kering sekali lagi. Pukul dengan kelajuan rendah hingga sebati, atau boleh juga menggunakan spatula untuk gaul secara perlahan.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  7. Pada satu bahagian adunan, masukkan tepung kek dan enapan pandan. Di bahagian kedua pula, masukkan serbuk koko dan susu penuh krim. Kaup balik adunan setiap bahagian hingga sebati.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli, satu sudu pandan dan satu sudu coklat. Lorekkan permukaan adunan dengan pisau untuk mencipta corak ‘marble’.
  9. Bakar kek pada suhu 160°C/170°C selama 50-55 minit atau hingga kek masak sepenuhnya (gunakan api atas dan bawah dengan kipas tertutup). Letakkan kek di rak tengah oven. Setelah 20 minit, keluarkan kek dan kelar (slit) permukaan kek dengan pisau untuk mencipta kesan merekah (jika suka).
  10. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong bagi mendapatkan potongan yang kemas.

Nota:

  • Pemilik resipi membakar kek pada suhu 165-170°C untuk mendapatkan warna perang pada bahagian luar kek. Suhu yang digunakan bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  • Semua bahan dalam resipi ini diukur menggunakan sukatan metrik.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Resipi Kek Butter Guna Marjerin Ini Lagi Wangi & Lembap, Tak Kering Langsung!



Source link

Scroll to Top