Kek Marble Gebu: Satu Resepi, Dua Cara Memasak yang Menyelerakan!


resepi kek marble gebu

Siapa sahaja yang menggemari kek pastinya akan menyukai resepi Kek Marble yang lembut dan gebu. Terlebih lagi, ia boleh disediakan dengan cara dibakar atau dikukus.

Kek Marble, yang juga dikenali sebagai kek marmar, ialah kek yang mempunyai corak berjalur atau bercampur yang biasanya dihasilkan daripada gabungan kek vanila dan coklat.

Ika Zul telah berkongsi resepi Kek Marble yang sangat menarik sehingga menerima pujian ramai di Facebook. Ayuh kita coba!

Baca juga: Resipi Cream Frosting Untuk Hias Kek, Seolah-olah Dari Kedai Kek Zaman Dulu

RESEPI KEK MARBLE GEBU

resepi kek marble gebu

Bahan A:

  • 250 gram marjerin atau mentega
  • 190 gram gula kastor

Bahan B:

Bahan C:

  • 230 gram tepung gandum atau tepung kek
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan D:

  • 50 gram susu penuh krim UHT
  • 1 sudu teh esen buttervanilla

Bahan pewarna:

  • 2 sudu makan serbuk koko + ½ sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh pewarna pink + ½ sudu teh perasa strawberry

Cara-cara untuk memasak:

1. Pusing bahan A pada kelajuan perlahan selama 2 minit. Kaup balik adunan.

2. Pusing lagi dengan kelajuan sederhana selama 15 minit. Putar sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. *Tanda adunan telah gebu ialah apabila ia tidak jatuh apabila diterbalikkan*

3. Masukkan bahan B satu persatu sambil terus memutar adunan.

4. Masukkan bahan C yang telah diayak sesudu demi sesudu.

5. Tambahkan bahan D dan putar lagi selama 3-5 minit.

6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

7. Masukkan serbuk koko dan pewarna. Biarkan 1 bahagian dengan warna asal.

8. Gris loyang dengan marjerin dan lapik dengan kertas pembakar.

9. Masukkan adunan secara selang-seli.

10. Hentak loyang 3 kali untuk mengeluarkan angin dari dalam kek dan lorek permukaan kek.

11. Bakar kek pada suhu 150°C selama 60 minit atau sehingga masak.

resepi kek marble gebu

Resepi Kek Marble gebu ini memerlukan loyang 8″ dan jika anda menggemari rasa manis, boleh tambahkan gula sehingga 200-210 gram. Di samping itu, kek ini mudah untuk dibakar ataupun dikukus.

Metode membakar:

Bakar pada suhu 150°C, api atas bawah, padam kipas, rak tengah dan dibakar selama 50-60 minit bergantung kepada oven yang digunakan.

Metode mengukus:

Gunakan api sederhana dan pastikan air dalam kukusan mendidih sebelum memasukkan adunan. Balut penutup pengukus dengan tuala supaya air wap tidak jatuh ke permukaan kek. Jika tidak ditutup, permukaan kek akan kelihatan kurang menarik.

Selamat mencuba!

Sumber: Ika Zul

Baca juga: Kek Marble Sukatan Cawan Yang Mudah, Bau Harum Menyelubungi Seluruh Rumah!



Sumber pautan

Scroll to Top