Kek Marble Kampung: Hidangan Gebu yang Pasti Menawan Selera!


resepi kek marble kampung

Betapa seronoknya bila dapat menikmati kek ini bersama secawan teh O atau kopi yang menyelerakan di waktu petang. Tanpa berfikir panjang, mari kami tunjukkan cara penyediaan resepi Kek Marble Kampung yang lembut ini.

Kek Marble Kampung adalah sejenis kek tradisional yang tidak pernah pudar dek zaman. Menurut orang ramai, kek zaman kini tidak mampu menyaingi kek generasi lama yang dianggap legendaris ini.

Resepi Kek Marble Kampung yang dipersembahkan oleh NorDiana Mat Desa di Facebook mendapat perhatian ramai sehingga banyak yang teringin untuk mencubanya di dapur. Jom kita buat bersama!

Jangan lupa: Puding Roti Marble Yang Kini Jadi Kegemaran Ibu-Ibu, Tanpa Perlu Kukus!

RESEPI KEK MARBLE KAMPUNG

resepi kek marble kampung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula halus
  • 250g mentega (saya menggunakan mentega dalam tin sahaja)
  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (guna tepung naik sendiri pun lebih baik)
  • Ekstrak vanila
  • Serbuk koko atau emulco (secukup rasa)

Cara penyediaan:

1. Pertama, campurkan mentega dan gula sehingga adunan berwarna putih dan gebu.

2. Selepas itu, masukkan ekstrak vanila.

3. Tambahkan telur satu persatu dan kacau lagi.

4. Kemudian, masukkan sedikit tepung dan aduk lagi.

5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga semua bahan habis.

6. Seterusnya, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan campurkan serbuk koko atau emulco dalam salah satu bahagian.

7. Kemudian, sendukkan adunan ini (mengikut citarasa anda untuk corak).

8. Lakukan corak di bahagian atas dan hentakkan sedikit loyang, gunakan loyang 7×7 inci.

9. Bakar pada suhu 150ºC atau 160ºC (berdasarkan jenis oven) selama 50 minit hingga 1 jam, sehingga masak.

resepi kek marble kampung

10. Akhir sekali, gunakan pisau untuk melonggarkan tepi kek dan terbalikkan. Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

Dengan menggunakan resepi Kek Marble Kampung ini, anda akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu. Jika anda sajikan untuk minum petang, pastinya keluarga anda akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: NorDiana Mat Desa

Jangan lupa: Resepi Kek Marble Mudah Paling Ekonomik, Lembut Dan Sedap Walaupun Hanya Menggunakan 5 Bahan!



Sumber pautan

Scroll to Top