Kek Pastri Buah Moden: Lembut, Gebu, dan Penuh Aroma Krim!


resepi kek pastri buah

Siapa bilang kek buah mesti berat, padat dan dipenuhi kacang? Kali ini, kami ingin anda mencuba versi terkini iaitu resepi Kek Pastri Buah yang lembut, gebu dan beraroma berkrim.

Kek Pastri Buah adalah satu jenis kek lembut yang dihiasi dengan buah-buahan segar atau yang telah dimasak di bahagian atasnya sebelum proses membakar.

Puan Adriana Arissa telah berkongsi resepi Kek Pastri Buah yang menarik di Facebook dan hasilnya tampak sangat menarik. Mari kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Susu Pisang Paling Moist, Haruman Semerbak Satu Rumah

RESEPI KEK PASTRI BUAH

resepi kek pastri buah

Bahan A:

Bahan B:

  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:

*Jika menggunakan tepung naik sendiri, boleh guna tepung gandum biasa dengan campuran 1½ sudu teh baking powder.

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama, pukul bahan A sehingga mentega menjadi putih dan kembang.

2. Kemudian, masukkan bahan B iaitu telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.

3. Lepas itu, tambahkan bahan C dan pukul sekejap saja hingga semuanya rata. Jangan terlalu lama.

4. Seterusnya, tuangkan adunan dalam loyang saiz 8 inci.

5. Aturkan buah-buahan pilihan seperti peach, strawberry, blueberry atau kiwi.

6. Untuk mengelakkan buah tenggelam, pastikan potongan buah tidak tebal. Cukup nipis sahaja.

7. Bakar pada suhu 150ºC selama 40 hingga 45 minit bergantung pada oven masing-masing.

8. Untuk menghindari kek mendap, sebaik sahaja kek masak, terbalikkan kek di atas redai dan kemudian terbalikkan semula di atas papan kek.

9. Setelah kek sejuk, taburkan dengan serbuk gula sebagai hiasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Adriana Arissa

Baca juga: Kek Buah Kukus Sarawak Moist & Wangi, Resepi Ini Buat Suami Sayang Lebih!



Source link

Scroll to Top