Kek Santan Lembut: Hasil Cemerlang Hanya Dengan Blender!


resepi kek santan

Resepi Kek Santan adalah salah satu kek tradisional yang tidak akan pudar dek waktu. Aromanya yang memikat, teksturnya yang lembut, dan rasa manis berlemaknya membuatkan ramai tidak pernah bosan.

Jika sebelum ini anda beranggapan kek santan sukar untuk disediakan, cubalah versi ini. Setelah kek dipotong, hasilnya pasti memuaskan kerana ia kelihatan cantik dan harum bau pandan memenuhi seluruh rumah.

Yang paling menarik, resepi Kek Santan oleh Sharinaa Shahlan di Facebook ini tidak memerlukan mixer. Dengan hanya menggunakan blender, anda boleh memperoleh kek yang gebu dan wangi. Jom kita mencubanya!

Baca juga: Kek Pandan Santan Gebu Gebas, Harum Semerbak Sampai Kawan Memuji Berbakul!

RESEPI KEK SANTAN

resepi kek santan

Bahan-bahan:

  • 1 santan kotak (200 ml)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 5 biji telur
  • 1 penutup botol esen pandan
  • 1 sudu besar tepung penaik (baking powder)
  • 2½ cawan atau 300g tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan atau 250g gula pasir

Cara-cara membuat:

1. Masukkan telur, gula, ovalette, dan esen pandan ke dalam blender. Kisar sehingga semua bahan menjadi kembang, gebu dan sebati. (Jika anda suka lebih manis, boleh tambahkan gula sedikit mengikut selera.)

2. Ayak tepung gandum bersama tepung penaik agar kek tidak berketul dan teksturnya lebih ringan.

3. Tuangkan adunan telur yang telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung secara berperingkat sambil berselang-seli dengan santan. Gaul perlahan-lahan hingga adunan sebati dan licin.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan marjerin dan dialas dengan kertas. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya (boleh cucuk lidi, jika keluar bersih, kek telah siap masak).

Setelah kek siap, aroma pandan dan santan pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menikmatinya. Anda boleh menikmatinya dalam keadaan panas, namun jika dibiarkan sejuk sedikit, teksturnya akan lebih padat dan enak.

Selamat mencuba!

Sumber: Sharinaa Shahlan

Baca juga: Kek Santan Cara Mudah, Hanya 3 Langkah Saja Kek Siap Dan Sedap!



Source link

Scroll to Top