Kek Span Sempurna: 5 Langkah Mudah untuk Hasil yang Lembut dan Gebu!


resepi kek span mudah

Baru-baru ini, kami menemui resipi Kek Span mudah yang hasilnya sangat lembut dan gebu. Yang paling menarik, ia amat sesuai buat mereka yang baru belajar untuk membuat kek di rumah.

Kek Span adalah sejenis kek dengan tekstur ringan yang boleh disediakan dengan pelbagai perisa seperti pandan, vanilla, coklat, dan lain-lain.

Kerana Kek Span hanya memerlukan telur, gula, dan tepung, ramai yang menganggapnya sebagai kek paling asas dalam dunia pastri.

Lily Marlina telah berkongsi resepi Kek Span mudah yang mendapat pujian ramai di Facebook kerana hasilnya yang kelihatan lembut dan gebu. Mari kita cuba!

Baca juga: Petua Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Jika Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini

RESIPI KEK SPAN MUDAH

resepi kek span mudah

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan gula (jika tidak mahu manis sangat, boleh kurangkan gula)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 santan kotak kara (200ml)

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, campurkan telur, ovalette, susu pekat dan gula hingga betul-betul gebu.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dan kacau rata dengan senduk.

3. Selepas itu, tambahkan santan dan gaul hingga sebati.

4. Seterusnya, masukkan pewarna, perasa dan hiasan mengikut cita rasa.

5. Akhir sekali, bakar pada suhu 160°C (ikut jenis oven masing-masing) dengan api atas bawah selama 45 minit atau hingga masak. Setelah sejuk, anda boleh memotongnya. Siap untuk dinikmati!

resepi kek span mudah

Melihat hasil dari resepi Kek Span yang lembut dan gebu ini pasti akan membuatkan anda teruja untuk mencubanya. Jika tiada idea pencuci mulut, kek ini sangat sesuai.

Resipi Kek Span mudah ini pasti akan membuatkan anda sekeluarga tidak sabar untuk mencubanya di rumah. Lebih seronok disertai dengan minuman kopi dan teh O, rasanya pasti mendamaikan.

Selamat mencuba!

Sumber: Lily Marlina

Baca juga: Kek Pandan Gula Melaka Lembut Berkrim, Makan Sepotong Pun Tak Puas



Sumber pautan

Scroll to Top