Kek Susu Pisang Super Moist: Haruman Menyegarkan Seluruh Rumah!


resepi kek susu pisang

Apabila terdapat pisang berlebihan di rumah, cubalah resepi Kek Susu Pisang ini. Teksturnya lembap, halus, tidak memualkan dan yang paling menarik, aromanya menyegarkan seluruh rumah.

Kek Susu Pisang ialah sejenis pencuci mulut yang memanfaatkan pisang masak serta susu sebagai bahan utamanya. Perpaduan kedua bahan ini menghasilkan kek yang lembap, manis secara semula jadi, dan sangat wangi ketika dibakar.

Resepi Kek Susu Pisang yang dikongsi oleh Azlina Ina Fans di Facebook ini amat sesuai bagi mereka yang baru ingin belajar membakar kerana tidak memerlukan pengadun sekalipun, hasilnya tetap menakjubkan. Mari kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Susu Warna-Warni Versi Kukus, Lembut Gebu Seperti Kapas!

RESEPI KEK SUSU PISANG

resepi kek susu pisang

Bahan ayak:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 sudu besar susu tepung

Bahan kisar atau campur:

  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula perang (jika menggunakan gula putih, kurangkan sedikit agar tidak terlalu manis)

*Semua bahan yang digunakan perlu berada pada suhu bilik, elakkan sejuk.

Langkah-langkah penyediaan:

1. Ayak bahan tepung dan masukkan dalam bekas besar. Kemudian, tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas tepung tersebut.

2. Kaup balik tepung dan bahan yang dikisar hingga sebati.

3. Alas loyang dengan kertas pembakar. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170ºC selama 1 jam atau hingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (jika lidi keluar bersih, itu menandakan kek sudah masak).

4. Jika dikukus, dalam 45 minit. Jika menggunakan bekas kecil, kukus selama 15 minit atau bakar 20 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina Fans

Baca juga: Resipi Kek Pisang Kukus Guna Blender, Untuk Hasil Lembut Berkilau Ada Caranya



Sumber pautan

Scroll to Top