Kelezatan Ayam Masak Burma: Kuah Istimewa yang Menggugah Selera!


ayam masak burma

Jika anda baru pertama kali mendengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah mencubanya, kami ingin berkongsi resipi menarik untuk anda buat di rumah.

Ayam Masak Burma hampir serupa dengan hidangan kari dan rendang, tetapi sajian ini tidak menggunakan santan dalam penyediaannya.

Seperti yang dikongsi oleh Aziah Nima di Facebook, hidangan Ayam Masak Burma ini sangat mudah dan ringkas serta sesuai untuk dimakan dengan pelbagai pilihan. Mari kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Cabai, Ikuti Cara Tradisional Ini Untuk Aroma Yang Menakjubkan!

RESIPI AYAM MASAK BURMA

ayam masak burma

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (sebuah atau lebih pun boleh, boleh tambah lagi bahan yang dikisar)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Daun pudina (mengikut selera, tambah seberapa banyak yang diingini)
  • 1 biji tomato (belah kepada 4 atau 6)
  • 1 biji kentang
  • Garam atau gula secukup rasa (saya tidak menggunakan gula)
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (agak-agaklah, pandai-pandai saja)
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (jika tidak mahu pedas, boleh dikurangkan; saya tidak kisar kerana anak tidak makan hidangan pedas, jadi saya masukkan secara sebiji-sebiji jika mahu sedikit pedas)
  • 2 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Pertama, potong ayam mengikut kesukaan, basuh, dan toskan.

https://myresipi.com/cara-membuat-roti-jala/

2. Kemudian, perap ayam dengan sos tiram dan serbuk kunyit selama 10 minit hingga setengah jam.

3. Sementara itu, tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.

4. Setelah itu, masukkan serbuk kari, kiub ayam, dan tumis seketika.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sedikit kecut.

6. Seterusnya, masukkan kentang dan air (agak-agak, jangan terlalu cair).

7. Apabila kentang sudah lembut dan ayam hampir masak, tambahkan tomato dan daun pudina.

8. Terakhir, sesuaikan rasa dengan garam dan gula, kemudian biarkan mendidih seketika sebelum mematikan api. Siap untuk dihidangkan!

Selain dimakan bersama nasi putih, Ayam Masak Burma juga merupakan salah satu hidangan yang enak dinikmati dengan pulut kuning. Jika dimakan bersama roti jala, pasti lebih sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Aziah Nima

Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemak Jawa, Hidangan ‘Next Level’ Yang Wajib Dicuba Oleh Ibu-Ibu!



Source link

Scroll to Top