Ramai yang menggemari Daging Masak Hitam yang lazat dan menggoda sebagai hidangan kenduri. Oleh itu, kami ingin berkongsi resipi dengan langkah-langkah yang mudah untuk disediakan di rumah.
Daging Masak Hitam adalah salah satu sajian tradisional yang terkenal dengan warna gelap yang pekat serta rasa manis, pedas dan berempah.
Sha Zi Ra telah berkongsi resipi Daging Masak Hitam yang enak di Facebook, dan boleh dikatakan cara memasak hidangan ini sebenarnya sangat mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Pantas & Jimat Gas, Hanya Gunakan Periuk Nasi!
RESIPI DAGING MASAK HITAM SEDAP
Bahan-bahan perapan:
- 1kg daging (dipotong kiub)
- 2 senduk besar kicap pekat Cap Unta
- 1 senduk sos tiram
- 1 sudu lada sulah
- 2 sudu serbuk ketumbar
- 2 sudu serbuk jintan manis
Bahan-bahan kisar:
Bahan lain:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, perapkan daging bersama bahan-bahan perapan dalam peti sejuk selama semalaman. Jika untuk hidangan malam, perap selama 4 jam.
2. Setelah itu, kisar semua bahan yang disenaraikan kecuali kismis.
3. Tumiskan rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar tadi, kemudian tunggu hingga pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan kismis yang telah dikisar bersama secawan air, gaul rata dan masukkan daging yang telah diperap.
5. Kemudian, tambahkan asam keping. Jika tidak suka, anda boleh menggantinya dengan asam jawa. Tak perlu tambah air kerana daging akan mengeluarkan air sendiri.
6. Masak selama 3 atau 4 jam bergantung kepada kekenyalan daging. Jika kuah kering, anda boleh menambah air lagi.
7. Apabila daging sudah empuk, boleh masukkan gula, garam dan perasa secukup rasa. Siap untuk dihidangkan!
Jika anda belum pernah mencuba membuat Daging Masak Hitam, inilah masanya untuk mencuba memasak hidangan ini di rumah. sesiapa yang mencuba pasti akan mengenang kesedapannya hingga bila-bila.
Selamat mencuba!
Sumber: Sha Zi Ra
Baca juga: Daging Masak Hitam Kenduri, Resipi Mudah Dengan Bahan Terhad Tapi Padu