Kelezatan Daging Tetel dalam Kuah Dalca: Santapan Sempurna untuk Setiap Selera!


resepi daging tetel

Resipi daging tetel kuah dalca ini sememangnya sangat enak dan sesuai disajikan bersama nasi biryani, nasi tomato, atau nasi minyak.

Di samping itu, ia juga boleh dinikmati dengan nasi putih dan sambal belacan. Tidak perlukan lauk lain, dengan satu hidangan ini pun sudah cukup menggugah selera!

Jika ada yang ingin mencuba, sila lihat resipi lengkap di bawah yang merupakan perkongsian oleh Syalfarina Razali.

Baca juga: Cara Memasak Daging Lada Hitam Paling Mantap, Tak Perlu Cari Resipi Lain Lagi

RESEPI DAGING TETEL KUAH DALCA

resepi daging tetel

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kilogram daging (jika menggunakan daging tetel lebih sedap)
  • 1 batang lobak merah
  • 5 biji ubi kentang
  • 3 batang terung
  • 2 genggam kacang dal
  • 4 batang kacang panjang
  • Rempah kari daging/ayam
  • 3 sekawan
  • Serbuk kunyit
  • Santan 1 kotak kecil
  • Bawang merah 10 ulas*
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia seinci*
  • Daun kari

Cara memasak:

  1. Kisar bahan yang bertanda (*).
  2. Rendam kacang dal selama setengah jam.
  3. Rebus daging terlebih dahulu dan jangan buang air rebusannya.
  4. Panaskan kuali, masukkan daun kari, rempah 3 sekawan dan tumis seperti biasa.
  5. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik baunya.
  6. Tambahkan separuh daripada jumlah serbuk kari yang biasa digunakan. Contohnya, jika biasanya menggunakan 6 sudu besar untuk kari daging, untuk dalca ini hanya gunakan 3 sudu besar sahaja.
  7. Masukkan serbuk kunyit.
  8. Masak rempah sehingga minyak terpisah.
  9. Masukkan air rebusan daging dan tambahkan sayur lobak merah dan kentang, reneh hingga lembut.
  10. Apabila sudah lembut, masukkan santan dan sisa sayur lain seperti terung dan kacang panjang.
  11. Tambah kacang dal dan daging yang telah direbus tadi.
  12. Didihkan dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa.
  13. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Syalfarina Razali

Baca juga: Daging Kunyit Ala Kelantan, Goreng Menggunakan Teknik Ini Agar Lebih Sedap & Dijamin Lembut!



Source link

Scroll to Top