Siapa yang pernah menikmati hidangan di kedai kopitiam pasti akan teringat kembali Kuey Teow Sup yang enak di situ. Kali ini, kami ingin berkongsi resipi mudah untuk anda cuba membuatnya di rumah.
Gabungan kuey teow yang lembut dan kuah yang kaya rasa amat menyegarkan apabila dihirup. Sekali mencuba, anda pasti akan terus teringatnya.
Cik Puan Zee telah berkongsi resipi Kuey Teow Sup kopitiam di Facebook yang menarik perhatian ramai karena cara penyediaannya yang sangat mudah. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Kuey Teow Thng Yang Sedap, Makin Teruja Hirup Kuahnya
RESIPI KUEY TEOW SUP SEDAP ALA KOPITIAM
Bahan-bahan:
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 cawan minyak masak
- 3 potong dada ayam
- 2 kiub pati ayam
- Kek ikan
- Bebola ikan
- Minyak bijan
- Air (untuk merebus)
- Garam
- Kuey teow (dibilas sekejap dengan air panas)
- Sawi pak choy (direbus)
- Cili padi (diiris)
- Kicap manis atau masin
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga keperangan, kemudian ketepikan.
2. Selepas itu, basuh dan bilas kuey teow dengan air panas untuk menghilangkan minyak yang melekat padanya.
3. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk, kemudian renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Kemudian, masukkan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tersebut.
5. Tambahkan minyak bijan dan perasakan dengan garam, kemudian biarkan mendidih.
6. Sementara itu, carik-carik ayam yang telah direbus tadi.
7. Terakhir, hiaskan dengan cili yang dihiris dan kicap serta minyak bawang putih sebagai penambah rasa yang sedap. Siap untuk disajikan!
Kuey Teow Sup yang lazat ini bukan hanya memuaskan selera, namun juga membawa nostalgia rasa yang pasti mengingatkan kita kepada hidangan terkenal di kedai kopitiam.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Puan Zee
Baca juga: Kuey Teow Sup Chinese Style, Sangat Sedap Sampai Hirup Hingga Titisan Terakhir