Kelezatan Kuih Tiram Rangup: Cita Rasa Berlapis yang Menggoda!


kuih tiram

Pernah mencuba kuih tiram yang garing, bercampur lapisan-lapisan dan rasa manis lemaknya memang membuatkan tak boleh berhenti menikmati? Kuih tradisional ini memang penuh dengan nostalgia, ringkas tetapi sangat lazat.

Walaupun kelihatannya sukar untuk disediakan, sebenarnya resepi kuih ini sangat mudah jika tahu teknik gulung dan canai yang betul. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak, hanya tepung, minyak dan air.

Jika ingin membuat kudapan untuk anak-anak, kuih raya atau hidangan petang, kuih tiram ini pasti menjadi antara pilihan yang memuaskan. Mari cuba buat sendiri di rumah.

Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Tak Perlu Perap Doh Pun Tetap Menggembirakan!

RESEPI KUIH TIRAM RANGUP

kuih tiram

Bahan A: Doh Kuih Tiram

  • ½ kg tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya (masukkan sedikit demi sedikit)

Bahan B: Pes Sapuan (Lapisan)

Campurkan tepung ubi dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga membentuk pes yang pekat.

Cara Penyediaan:

1. Satukan tepung gandum, garam dan minyak masak. Gaul dan ramas menggunakan hujung jari sehingga berderai.

2. Tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dan bekas. Doh seharusnya agak keras, kira-kira seperti doh karipap.

3. Teruskan menguli selama 10 minit sehingga doh menjadi lembut. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.

4. Canai setiap segmen doh. Taburkan sedikit tepung di atas papan penggiling agar doh tidak melekat.

5. Ambil pes sapuan dan sebar secara rata ke atas doh yang telah dicanai sebelum ini.

6. Gulung doh dengan rapi. Ulang langkah yang sama untuk semua segmen doh.

7. Potong gulungan doh kira-kira ½ inci (boleh disesuaikan lebih kecil atau besar, tetapi elakkan terlalu besar kerana doh akan mengembang semasa dicanai).

8. Ambil satu keping doh yang telah dipotong, tekan sedikit dengan jari. Canai sehala sahaja (sekali lalu). Ulang sehingga semua selesai.

9. Panaskan minyak. Goreng kuih dalam minyak yang banyak. Gunakan lidi untuk membuka kelopak tiram sewaktu menggoreng supaya bentuknya terbuka dengan cantik.

kuih tiram

10.Toskan dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya.

11. Setelah itu, gaulkan kuih tiram yang telah sejuk dengan gula kastor. Sedia untuk dinikmati!

kuih tiram

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Jom Buat Sendiri Japanese Cream Puff Inti Coklat, Bila Gigit Memang Rangup & Gebu!



Source link

Scroll to Top