Prosedur untuk membuat masak lemak ikan kembung ini agak unik berbanding masak lemak biasa, tetapi satu perkara yang pasti, rasanya sangat enak dan menarik.
Jika anda ingin merasai kelainan, cubalah resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Hamizah Yatim di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Sambal Minang, Masak dengan Cara Ini Boleh Tahan Lama!
RESEPI MASAK LEMAK IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan:
- Ikan kembung (direbus dan ketepikan)
- 13 biji cili api*
- 1 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang putih*
- Segenggam kencur*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 inci halia*
- 2 cawan santan
- 2 keping asam keping
- Serbuk perasa (mengikut citarasa)
- Air secukupnya
- 4 biji tomato (dipotong)
- 5 biji bendi
Cara-cara:
- Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air sehingga halus.
- Seterusnya, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.
- Tambahkan 2 cawan air dan asam keping. Biarkan mendidih selama lebih kurang 5 minit.
- Selepas itu, masukkan bendi dan biarkan masak hingga bendi lembut.
- Apabila bendi sudah lembut, masukkan santan dan ikan kembung, biarkan sebati selama 2 minit.
- Jangan lupa perasakan dengan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
- Masukkan tomato dan biarkan mendidih selama 2 minit sebelum mematikan api.
Sumber: Hamizah Yatim
Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!