Kelezatan Mee Rebus Daging yang Menggoda: Kenapa Ramai Terpikat?


mee rebus daging

Memang menyelerakan apabila dapat menikmati mee rebus daging untuk hidangan malam ini! Bagi yang bosan dengan nasi, cubalah resipi istimewa dari Terengganu ini.

Rasa nikmat menyantap panas-panas, terutama ditambah dengan potongan cili. Pasti satu pinggan tidak cukup habis dimakan!

Baca juga: Mihun Sup Daging Penuh Petuanya, Penting Untuk Masukkan Bahan Utama ‘Ini’ Ketika Memasak

RESEPI MEE REBUS DAGING ALA TERENGGANU

mee rebus daging

Bahan-bahan tumbuk:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Setengah sudu lada hitam
  • Sedikit halia

Bahan-bahan lain:

  • Daging (lebih baik bahagian tetel)
  • Air secukupnya
  • Fishball
  • Lobak merah
  • 1 biji kiub pati ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sayur sawi
  • Mi kuning
  • Telur
  • Lada sulah

Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam, dan halia.
  2. Panaskan minyak masak sehingga panas, kemudian tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging (boleh menggunakan bahagian lain yang disukai).
  4. Setelah itu, tambahkan air secukupnya dan masak sehingga daging empuk.
  5. Apabila daging telah empuk, masukkan fishball, lobak merah, kiub pati ayam, sos tiram, dan garam secukup rasa. Hati-hati dengan garam kerana mi kuning sudah mengandungi garam.
  6. Masukkan sayur sawi dan mi kuning yang telah ditapis, dicuci, dan ditoskan.
  7. Pecahkan telur secukupnya ke dalam kuah. Jangan kacau, biarkan telur masak dengan sendirinya.
  8. Taburkan lada sulah secukupnya (boleh ditambah sedikit untuk rasa lebih mantap).
  9. Biarkan sehingga mendidih sebelum mematikan api.
  10. Sedia untuk dihidangkan panas-panas dan dinikmati sebelum mi kembang.

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Telur Cincang, Guna Bahan Mudah Tetapi Rasa Memang Luar Biasa!



Source link

Scroll to Top