Jika anda gemar pencuci mulut yang dingin, berkrim manis dan mudah disediakan, resepi puding kastard tiramisu cream crackers ini wajib dicuba.
Gabungan kastard yang lembut dan berkrim bersama lapisan biskut dan serbuk koko pasti membuat setiap suapan terasa memuaskan!
Resipi ini juga tidak menggunakan banyak bahan yang kompleks dan tidak memerlukan oven. Anda hanya perlu memasak di atas dapur, lapis-lapis dalam loyang dan simpan di dalam peti sejuk. Selepas beberapa jam, puding sudah sedia untuk dipotong dan dinikmati!
Baca juga: Resipi Puding Buah Kuah Kastard, Rasanya Akan Tetap Dekat Dalam Ingatan!
RESEPI PUDING KASTARD TIRAMISU CREAM CRACKERS
Bahan-bahan untuk puding:
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat manis
- 5 tin air (gunakan tin susu yang sama sebagai ukuran)
- 8 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
- Sedikit pewarna kuning (jika diingini)
Bahan-bahan untuk lapisan:
- Biskut cream crackers secukupnya
- Serbuk milo/serbuk koko/serbuk nescafe (mengikut selera)
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan untuk puding ke dalam periuk dan kacau hingga tercampur sempurna.
- Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan menjadi pekat, likat, dan berkilat.
- Matikan api dan teruskan ke langkah berikutnya.
- Basahkan sedikit loyang (loyang berukuran 10×10 inci).
- Tuangkan 2 senduk adunan puding ke dalam loyang.
- Taburkan serbuk milo, koko, atau nescafe (mengikut selera).
- Susun biskut cream crackers di atasnya.
- Ulang langkah-langkah tersebut secara berlapis hingga adunan kastard habis.
- Untuk lapisan terakhir, taburkan sedikit lagi serbuk milo/koko/nescafe di atas permukaan.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 4–5 jam sebelum dipotong dan disajikan.
- Siap untuk dinikmati!
Sumber: Pn Habsah Ngah
Baca juga: Resipi Puding Strawberry Cheese Leleh Yang Lembut & Gebu, Pasti Buat Ramai Terliur!