Kelezatan Puding Susu Gula Melaka: Manisnya yang Berlemak dan Lembut Memikat Hati!


puding susu gula melaka

Cuaca yang panas memang menyenangkan jika kita dapat menikmati pencuci mulut yang sejuk dan lembut. Apa kata hari ini anda mencuba untuk membuat Puding Susu Gula Melaka, pasti keluarga akan memuji habis-habisan.

Selain rasanya yang lemak manis, puding ini juga istimewa kerana teksturnya yang halus dan lembut. Siramkan dengan gula melaka yang suam atau dingin, lebih terasa kenikmatannya.

Video perkongsian oleh mill.anwar di TikTok mengenai resipi Puding Susu Gula Melaka kelihatan sangat menggoda sehingga ramai yang teringin untuk mencubanya. Mari kita coba!

Baca juga: Puding Karamel Tanpa Kukus & Tak Perlu Gunakan Telur, Lembut & Gebu Hasilnya!

RESIPI PUDING SUSU GULA MELAKA

puding susu gula melaka

Bahan-bahan untuk puding susu:

  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu full cream
  • ½ cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 pek serbuk agar-agar

Cara-cara untuk membuat:

1. Campurkan semua bahan ke dalam kuali.

2. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika.

3. Tutup api dan biarkan sejuk sejenak.

4. Tuang ke dalam acuan pilihan anda.

5. Sejukkan selama 2 hingga 3 jam di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan untuk air gula melaka:

  • 1 ketul gula melaka
  • 200 hingga 250ml air
  • Daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara untuk membuat:

1. Satukan semua bahan di dalam periuk.

2. Masak sehingga gula melaka cair dan mendidih.

3. Siramkan ke atas puding susu yang telah disejukkan.

Selamat mencuba!

Sumber: mill.anwar

Baca juga: Resepi Puding Bandung Cincau Manis-Manis Lemak, Untuk Hasil Cantik Tambah Bahan ‘Ini’





Sumber pautan

Scroll to Top