Hidangan lauk tidak lengkap tanpa sayuran, jadi kami ingin mengajak anda mencuba resipi Sayur Masak Lemak Putih ini. Pasti mudah dan juga dapat menambah selera anda.
Rakyat Malaysia sudah biasa menikmati hidangan masak lemak, dan Sayur Masak Lemak Putih adalah salah satu hidangan ikonik di kawasan pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Punca hidangan sayur ini amat digemari adalah kerana ia boleh dimasak menggunakan pelbagai jenis sayur yang segar. Menikmati dengan ikan goreng dan sambal belacan sudah cukup mengugah selera.
Resipi Sayur Masak Lemak Putih yang dikongsi oleh Nurjuwaini Aziz di Facebook telah membuat ramai orang bersemangat untuk menyediakan hidangan ini di rumah. Mari kita coba!
Baca juga: Sayur Campur Goreng Siap Dalam 5 Minit, Masak Cincai Tapi Sangat Sedap!
RECIPE SAYUR MASAK LEMAK PUTIH
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji bawang besar
- Segenggam udang kering
- Sayur sawi
- Sayur kubis
- Cili merah
- Sayur petola
- Suhun
- Fucuk
- Garam kasar
- Serbuk perasa
- Sedikit air
Cara-cara memasak:
1. Pertama, tumbuk bawang putih, bawang besar, udang kering dan garam kasar (garam membantu bahan tumbuk agar cepat hancur).
2. Seterusnya, tambahkan sedikit air ke dalam periuk bersama bahan yang telah ditumbuk dan santan.
3. Kemudian masukkan semua jenis sayur yang anda gemari iaitu sawi, kubis dan petola.
4. Selepas itu, masukkan suhun dan fucuk ke dalam periuk.
5. Akhir sekali, kacau seketika lalu matikan api.
Sangat mudah untuk menyediakan hidangan sayur yang ringkas, hanya dengan membuat Sayur Masak Lemak Putih yang lezat ini.
Jika anda belum pernah mencuba hidangan ini di rumah, anda patut mencubanya sekali seumur hidup kerana rasanya akan membuatkan semua orang ingin mencubanya lagi.
Resipi ini juga boleh diubahsuai dengan menggunakan sayuran lain seperti tauhu, tauge, terung, lobak merah dan banyak lagi. Pendek kata, dengan sedikit usaha semua menjadi.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurjuwaini Aziz
Baca juga: Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu