Siapa sangka, kombinasi antara masakan barat dan rasa Thai dapat menghasilkan spaghetti tomyam udang berkrim yang lazat dan menggoda.
Ia bukan hanya pedas dan masam seperti tomyam biasa, tetapi juga memiliki rasa berlemak dan berkrim yang membuatkan hidangan ini lebih istimewa dan mengenyangkan.
Tidak susah pun untuk membuatnya! Bahan-bahannya mudah, dan cara memasaknya pun mudah diikuti. Yang penting, anda boleh sesuaikan mengikut selera sendiri.
Baca juga: Resipi Spageti Aglio Olio Cheese, Cara Paling Mudah Tapi Sedap Sangat!
RESEPI SPAGHETTI TOMYAM UDANG CREAMY
Bahan-bahan untuk tumis:
- 1 biji bawang holland (diced)
- 3 ulas bawang putih (finely chopped)
Bahan-bahan lain:
- Udang (atau ayam/sotong, mengikut selera)
- 2 sudu besar pes tomyam
- 2 sudu besar rempah aglio olio (boleh beli siap, contoh gambar di bawah)
- Susu cair (mengikut selera, boleh tambah atau kurangkan)
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Spaghetti (gunakan setengah bungkus, rebus dalam air mendidih dengan sedikit garam selama kira-kira 12 minit)
- Tomato ceri (ikut selera)
- Sayur pilihan (jika mahu, ikut cita rasa)
- 1/2 biji limau nipis (untuk airnya)
- 2-3 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
- 4-5 helai daun limau purut
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali, lebihkan sedikit minyak untuk tumisan yang lebih beraroma.
- Tumis bawang putih dan bawang holland hingga wangi dan bawang sedikit layu.
- Masukkan udang (atau ayam/sotong pilihan) dan goreng sebentar hingga berubah warna. Kemudian, masukkan rempah aglio olio dan kacau baik-baik.
- Tambah Pes Tomyam dan Susu Cair:
- Masukkan pes tomyam dan susu cair, kacau hingga rata. Tambahkan juga daun limau purut untuk aroma yang lebih segar.
- Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi hingga semua bahan sebati dan rasa masakan cukup mantap.
- Setelah itu, tambahkan spaghetti yang telah direbus. Gaul sebati dengan bahan tumisan hingga semuanya tercampur dengan baik.
- Masukkan tomato ceri dan gaul seketika. Sebelum mematikan api, perah sedikit jus limau nipis ke dalam spaghetti dan kacau hingga rata.
- Tutup api dan hidangkan spaghetti tomyam udang berkrim ini. Siap untuk dinikmati!
Nota:
- Spaghetti ini agak berlemak kerana susu cair, jadi mungkin sedikit muak bagi sesetengah orang. Jika tidak suka rasa lemak, anda boleh abaikan susu cair dan gantikan dengan air rebusan spaghetti.
Sumber: Syaza Anuya Manmad
Baca juga: Cara Masak Spaghetti Carbonara Versi Express, Campak-Campak Dah Siap!