Barangkali ada yang belum pernah mencuba hidangan ikan tenggiri masak cuka ini. Namun percayalah, sajian ini pasti membuatkan anda ingin menambah nasi lebih dari satu pinggan!
Proses penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Jadi, apa kata kita mencuba ikan masak cuka ini. Jika tiada ikan tenggiri, boleh juga menggunakan ikan merah, ikan tongkol atau apa sahaja jenis ikan yang digemari.
Baca juga: Resepi Acar Ikan Masin Talang Homemade, Lauk ‘Power’ Penambah Selera!
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Bahan-bahan:
- Ikan tenggiri atau ikan lain (yang telah digoreng)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Biji sawi
- Air
- Cuka masakan
- Cili padi
- Timun (pilihan)
- Bahan perasa (mengikut selera)
Cara-cara:
- Mulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih, halia, dan biji sawi dalam minyak yang panas hingga wangi dan harum.
- Setelah itu, masukkan air dan cuka, biarkan ia mendidih seketika.
- Apabila air mulai mendidih, masukkan cili padi dan timun (jika suka). Biarkan ia sebati bersama bahan-bahan lain.
- Tambahkan perasa seperti garam, gula, atau serbuk perasa mengikut kesukaan anda.
- Setelah itu, masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi, gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik.
- Biarkan seketika agar rasa meresap ke dalam ikan.
- Setelah itu, hidangan ikan tenggiri masak cuka sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Khazinatulasrar Anis
Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!