Kembung Asam: Keajaiban Rasa Tanpa Banyak Rempah!


ikan kembung masak asam

Ikan kembung masak asam merupakan salah satu hidangan yang disukai ramai. Selain ikan kembung, anda boleh juga memilih jenis ikan lain yang digemari seperti ikan tenggiri, ikan merah dan lain-lain.

Hidangan ini ialah ikan yang dimasak dengan kuah asam. Kuah asam ini dihasilkan daripada air asam jawa dan biasanya dicampurkan dengan bahan-bahan seperti bawang, halia, cili dan banyak lagi.

Jika anda belum mencuba hidangan ini, mari masak sendiri di rumah dengan resipi mudah yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah di bawah. Selamat memasak!

Baca juga: Cara Membuat Sambal Totok Ikan Bilis, Punyalah Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK ASAM

ikan kembung masak asam

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung/tenggiri/ikan merah (ikut selera)
  • 2 sudu kecil asam jawa
  • 5-6 biji bawang merah (dibelah dua)
  • 5 ulas bawang putih (dihancurkan atau dihiris)
  • 1 hirisan halia (nipis)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 5-10 biji cili padi (dihancurkan atau dibiarkan sehari-hari pun boleh)
  • 1 biji tomato (dibelah 4, jika tidak mahu letak pun tidak mengapa)

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga garing.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta halia hingga wangi.
  3. Masukkan air asam jawa kira-kira secawan teh (jika ingin lebih kuah, tambah air).
  4. Tambahkan cili padi dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Sesuaikan rasa masam dan masin ikut cita rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol, Hidangan Ringkas & Jimat Masa Tapi Sangat Sedap



Source link

Scroll to Top