Setiap hidangan mempunyai kenangan tersendiri, seperti Asam Pedas Ikan Kembung Lemak ini. Meski tanpa santan, tekstur kuahnya tetap kaya cita rasa berlemak.
Asam Pedas merupakan masakan tradisional Melayu yang amat terkenal di Malaysia, Singapura dan Indonesia, terutamanya di negeri-negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan wilayah Sumatera.
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak yang dikongsi oleh Nazz Mernas di Facebook benar-benar menyentuh hati kerana ia adalah lauk kesukaan arwah ayahnya. Mari kita coba!
Baca juga: Petua Buat Pes Asam Pedas Yang Pekat ‘Kaw’, Bila Nak Masak Boleh Terus Guna
RESIPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG LEMAK
Bahan-bahan kisar:
Bahan-bahan lain:
- Ikan kembung
- Minyak untuk menumis
- Air asam jawa
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Garam secukup rasa
- Pemanis tambahan (jika gemar)
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
2. Langkah ini adalah paling krusial, tumis dengan sabar, hingga wangi dan warna minyak sedikit bertukar merah gelap.
3. Tambahkan air asam jawa dengan sedikit air tambahan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sejenak.
4. Setelah mendidih, masukkan ikan kembung, bunga kantan dan daun kesum. Biarkan ia masak dengan api sederhana, jangan terlalu kuat supaya ikan tidak hancur.
5. Terakhir, perasakan dengan garam. Jika ingin menambah sedikit perasa juga boleh, ikut selera masing-masing.
Selamat mencuba!
Sumber: Nazz Mernas
Baca juga: Asam Pedas Ayam Johor, Ada Rahsia Kuah Pekat Kaw Dan Lebih Cantik