Tauhu yang digoreng garing dan dinikmati bersama sambal kicap, pasti sedap tak terhingga. Sesekali, bolehlah mencuba kelainan dengan menghasilkan Tauhu Kuning Goreng Masin di rumah.
Tauhu Kuning Goreng Masin memiliki lapisan garing di luar, tetapi lembut di dalam. Kebiasaannya, ia boleh dimakan begitu sahaja atau dipadankan dengan cili potong, cili padi, atau sambal kicap.
Musyahadah Oo telah berkongsi cara untuk membuat Tauhu Kuning Goreng Masin di Facebook dan hasilnya kelihatan garing berwarna keemasan. Mari kita cuba!
Baca juga: Kaedah Menyimpan Tauhu Agar Tahan Lama & Tidak Mudah Masam, Segar Seperti Baru Dibeli!
RESIPI TAUHU KUNING GORENG MASIN
Bahan-bahan:
- 20 biji tauhu kuning
- Bawang putih
- Biji ketumbar
- Kunyit
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto (pilihan)
Cara-cara membuat:
1. Pertama sekali, bersihkan tauhu dengan baik, boleh dipotong kecil atau dibiarkan utuh.
2. Setelah itu, masukkan tauhu ke dalam kuali atau periuk, tambahkan air sehingga paras tauhu.
3. Kemudian, tumbuk bawang putih, biji ketumbar, garam, kunyit dan ajinomoto sehingga hancur.
4. Setelah itu, masukkan ke dalam air rebusan yang telah disediakan.
5. Rebus selama 10 hingga 15 minit, matikan api dan biarkan ianya sejuk atau suam terlebih dahulu.
6. Setelah itu, toskan dan goreng sehingga keemasan dan garing.
7. Akhir sekali, sajikan dalam keadaan panas bersama cili segar atau sambal kicap.
Tips tambahan:
- Jika tidak habis digoreng, simpan tauhu bersama air rebusan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti sejuk agar tahan sehingga lebih 2 minggu.
Selamat mencuba!
Sumber: Musyahadah Oo
Baca juga: Resipi Tauhu Sumbat Dengan Rasa Meriah, Sekali Makan Mesti ‘Repeat’!