Kerepek Peria Crispy: Kenikmatan Tanpa Pahit!


kerepek peria

Peria penuh dengan manfaat, namun ramai yang kurang menggemari kerana rasa pahitnya. Selain dijadikan ulam dan masakan berkuah, ia juga dapat diproses menjadi kerepek peria yang garing dan enak!

Namun, untuk memastikan peria tidak terlalu pahit, terdapat langkah tertentu yang perlu diikuti. Dengan mengikuti langkah ini, kerepek peria akan menjadi garing dan sedap tanpa rasa pahit yang berlebihan.

Untuk kaum ibu yang ingin mencuba membuat peria goreng rangup di rumah, mari ikuti resepi dan petua yang telah dikongsikan oleh Nasyitha Aisya di bawah.

Baca juga: Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

CARA MENYEDIAKAN KEREPEK PERIA RANGUP

kerepek peria

Bahan-bahan:

  • 500 g peria segar (dihiris nipis)
  • 2-3 sudu besar garam (untuk mengeluarkan getah peria)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)

Rempah kisar:

  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar garam halus
  • 1/2 sachet penyedap rasa
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji kemiri (dipanggang)
  • 1 cm kunyit
  • 2 cm lengkuas
  • 220-250 ml air

Bahan salutan:

  • 1/2 biji telur
  • 150 g tepung beras
  • 75 g tepung ubi kayu
  • 35 g tepung gandum

Cara-cara:

  1. Sediakan semua bahan. Hiriskan peria nipis, kemudian taburkan garam dan uli hingga getahnya hilang. Bilas dengan air sejuk 2-3 kali.
  2. Panaskan air dalam kuali. Setelah mendidih, tutup api. Masukkan hirisan peria yang bersih dan rendam selama 3 minit untuk mengeluarkan garam serta mengurangkan rasa pahit. Bilas dengan air sejuk lagi 2-3 kali supaya warnanya kekal hijau yang cantik. Toskan dan picit untuk mengeluarkan air. Kini sedia untuk dicelup dalam bahan salutan.
  3. Kacau adunan celup dengan baik. Teksturnya agak pekat, jangan terlalu cair.
  4. Sediakan kuali dan panaskan minyak masak. Goreng kerepek sehingga berwarna perang keemasan. Tanda-tanda kerepek telah masak ialah buih minyak akan hilang. Toskan. Jika ingin mengurangkan minyak, anda boleh memasukkannya ke dalam oven selepas digoreng.

Kredit: Nasyitha Aisya II

Baca juga: Tips Buat Peria Goreng Crispy Macam Di Kedai Mamak, Rangup & Tak Pahit!



Sumber pautan

Scroll to Top