Resipi daging kicap pekat ini adalah hidangan unik yang menjadi kenangan indah arwah bonda Cik Puan Farah Yasmin Hms di desa.
Daging yang lembut dilapisi kuah pekat dan kaya rasa ini sangat menggugah selera apabila dipadankan dengan sayur air dan ikan goreng. Penyediaannya tidak complicated dan dijamin semua orang boleh mencubanya dengan mudah!
Ayuh, lihat resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Jika Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!
RESIPI DAGING KICAP PEKAT
Bahan-Bahan Perapan:
- 1 kg daging (dipotong besar, sebaiknya menggunakan daging keting)
- 1 labu bawang putih (ditumbuk halus)
- 5 biji bawang merah (ditumbuk halus)
- 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Cara Penyediaan Perapan:
1. Perap daging dengan bahan bertanda * selama 10 minit.
2. Rebus daging sehingga lembut dan ketepikan.
Bahan-Bahan Kuah:
- 3 labu bawang Holland (dikisar)
- 8 biji buah pelaga*
- 7 biji bunga cengkih*
- 2 batang kulit kayu manis*
- 4 sudu besar lada kering kisar
- 2 sudu besar sos tomato**
- 5 sudu besar kicap manis**
- 1 sudu besar cuka**
- Secubit asam jawa (dibancuh dengan air)
- Gula melaka (nise kerek)**
- Garam**
Cara Penyediaan Kuah:
1. Tumis bahan bertanda * hingga mengeluarkan aroma.
2. Masukkan lada kering kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air untuk melarutkan rempah.
3. Sertakan bahan bertanda ** ke dalam tumisan. Kacau sehingga rata.
4. Tambahkan daging rebus ke dalam kuah, tambahkan air jika diperlukan. Masak dengan api sederhana dan biarkan kuah meresap ke dalam daging.
Petua Tambahan:
- Semakin lama daging dimasak dalam kuah, semakin enak kerana perisa akan meresap ke dalam daging.
- Anda boleh menyesuaikan rasa manis, masin dan masam mengikut selera.
Sumber: Farah Yasmin Hms
Baca lagi: Rahsia Pulut Inti Kelapa Manis Sedap Berlemak, Rupanya Guna Jenis Beras Pulut ‘Ini’