Hari gaji telah tiba, saatnya kita mengumpul bahan-bahan segar di pasar dan mengikuti resipi ketam cili padi yang mudah dan cepat untuk disiapkan ini.
Walaupun hidangan ini tidak berkuah, namun isinya yang manis serta ramuan-ramuan yang harmonis dengan ketam ini enak dinikmati bersama nasi, dan sangat mengasyikkan saat mengupas kulitnya. Salah satu teknik untuk mendapatkan isi ketam yang lebih banyak dan manis adalah dengan memilih ketam betina.
Tambahan pula, jika anda ingin lebih kepedasan, hanya perlu menambah cili padi semasa memasak.
Mari baca resipi yang dikongsi oleh saudara di bawah ini.
Baca lagi: Nasi Khomok (Khao Mok Gai), Nasi Beriani gaya Thailand Yang Perlu Dicuba
RESIPI KETAM CILI PADI
Bahan-bahan:
- 2-3 ekor ketam, telah dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 inci halia*
- 3-5 biji cili padi*
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu serbuk kari ayam atau daging
- 2 sudu kicap cair
- 3 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- 2 cawan air
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit daun bawang untuk hiasan
*Bahan yang bertanda perlu dikisar halus.
Cara Penyediaan:
1. Kisar halus bawang putih, bawang merah, halia, dan cili padi. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daun kari dan serbuk kari, kemudian tumis lagi hingga harum.
2. Tambahkan kicap cair, sos tiram, dan sos cili ke dalam tumisan tersebut. Gaul hingga rata dan tuangkan 2 cawan air. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan ketam ke dalam kuah. Tutup kuali selama 5 minit untuk memastikan ketam masak dengan sempurna. Tambahkan garam dan gula mengikut selera, lalu kacau rata.
4. Matikan api dan masukkan telur ke dalam kuah. Kacau perlahan-lahan sehingga telur bercampur rata.
5. Taburkan sedikit daun bawang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Khairul Abdullah
Baca lagi: Resipi Sambal Sotong, Kuah Cantik Elok & Garing Pecah Minyak!