Ketupat dan Rendang: Makanan Terakhir yang Terlupakan di Lokasi Tragedi


ketupat dan rendang

Dalam duka mendalam tragedi yang meragut 15 nyawa awal pagi ini di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, satu pemandangan hening yang menyentuh jiwa ditemukan di tempat kejadian yakni ketupat dan rendang, sajian lebaran yang dibawa oleh keluarga pelajar sebelum mereka pulang ke kampus.

Bas yang mengangkut lebih 40 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim tersebut terlibat dalam insiden nahas dengan sebuah Perodua Alza. Peristiwa tragis ini bukan hanya meragut nyawa, tetapi juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dalam musim perayaan ini.

Baca juga: Akibat Telan Segumpal Nasi Sebab Tersedak Tulang Ikan, Meragut Nyawa Lelaki Ini

BUNGKUSAN KETUPAT DAN RENDANG DALAM BAS, TAK SEMPAT DINIKMATI

Di lokasi tragedi, wartawan melaporkan terdapat pelbagai barang peribadi berselerakan termasuk plastik makanan berisi ketupat dan rendang yang dibungkus dengan baik.

Dalam insiden ini, hidangan yang dibawa bukan sekadar sajian lebaran. Ia telah menjadi simbol terakhir kasih sayang keluarga, hidangan yang mungkin belum sempat dirasai tetapi kini kekal sebagai memori yang menyentuh hati.

Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban. Semoga roh mereka dicurahkan rahmat dan semoga seluruh keluarga mereka diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Pelanggan Terkilan Beli Ayam Percik Dapat Tulang & Sisa, Isi Habis Kena Kikis!



Source link

Scroll to Top