Ramai yang memilih untuk mengupas bawang terlebih dahulu bagi menjimatkan waktu memasak. Namun, tidak semua tahu kaedah menyimpan bawang kupas dengan betul. Akibatnya, bawang menjadi cepat busuk, lembik dan berair. Sayang, bukan? Terutama dengan harga bawang yang semakin meningkat.
Sebenarnya, terdapat cara mudah untuk menyimpan bawang kupas agar dapat bertahan lebih lama dalam peti sejuk. Ini bukan sahaja menjimatkan waktu, tetapi juga mengelakkan pembaziran kerana bawang kekal segar meskipun sudah dikupas. Jom lihat petua mudah di bawah ini.
Baca juga: Cara Simpan Air Kelapa Supaya Tak Cepat Masam & Berbau, Confirm Rasa Segar Kekal Lama!
Cara Simpan Bawang Kupas Supaya Tahan Lama
1. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Setelah mengupas bawang, masukkan ke dalam bekas yang tertutup rapat. Bekas kedap udara dapat mengelakkan bau bawang merebak dalam peti sejuk dan membantu mengekalkan kesegarannya lebih lama.
2. Balut Dengan Tisu Atau Kertas Dapur
Jika ingin menyimpan bawang kupas dalam bekas, balut terlebih dahulu dengan tisu dapur. Tisu tersebut akan menyerap kelembapan berlebihan yang menyebabkan bawang cepat busuk.
3. Elakkan Simpan Dalam Plastik Biasa
Plastik biasa cenderung untuk menjerat kelembapan dan mengakibatkan bawang berair. Jika terpaksa menggunakan plastik, pastikan buat sedikit lubang untuk membenarkan aliran udara.
4. Gunakan Minyak Masak
Bagi bawang yang sudah dipotong dadu atau dihiris, anda boleh menyimpannya dalam bekas dan tuangkan sedikit minyak masak sehingga menutupi permukaan bawang. Cara ini dapat mengelakkan bawang dari kering dan bau yang kuat.
5. Bekukan Dalam Freezer
Jika ingin menyimpan lebih lama, bawang kupas boleh dimasukkan ke dalam plastik ziplock dan disimpan dalam peti beku. Cuma apabila digunakan, masukkan terus ke dalam masakan tanpa perlu dicairkan, kerana jika dicairkan terlebih dahulu bawang akan menjadi lembik.
Sumber: KOMPAS TV
Baca juga: Rahsia Ulam Ulaman Celur Tak Lebam, Warna Tetap Hijau & Kekal Menawan