Satu hidangan mampu membawa seseorang untuk mengingat kenangan manis bersama orang tersayang. Begitulah perasaan yang dialami seorang wanita ketika menyajikan resepi Mee Kicap enak yang diwariskan oleh arwah ayahnya.
Mee Kicap ini tidak sama dengan yang biasa dijumpai di kedai makan. Kombinasi rasa kicap manis, aroma halia dan bawang putih yang ditumis serta kuah pekat berperisa daging cukup meresap ke dalam mee celur.
Resepi Mee Kicap yang sedap ini dikongsikan oleh Nurul Wada Adilah Azmi di Facebook, dan cerita di sebaliknya telah menyentuh hati ramai kerana penuh dengan kenangan bersama arwah ayah.
Baca juga: Mee Sanggul Goreng Menggunakan Bahan Mudah, Resipi Simpel Namun Boleh Buat Ketagih!
RESEPI MEE KICAP SEDAP
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus sehingga mengeluarkan wangi.
2. Masukkan air dari rebusan daging bersama daging yang telah dimasak.
3. Tambahkan sayur-sayuran yang lebih keras terlebih dahulu seperti lobak merah, baby corn dan kobis bunga. Biarkan sehingga lembut.
4. Kemudian, masukkan isi ayam (jika menggunakan).
5. Tambahkan sos tiram dan kicap manis secukupnya. Boleh juga tambahan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
6. Tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7. Masukkan udang atau sotong dan biarkan sehingga semuanya masak.
8. Setelah kuah cukup rasa dan pekat, masukkan mee kuning yang telah dicelur dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Wada Adilah Azmi
Baca juga: Resipi Mee Bandung Cara Ringkas, Tak Banyak ‘Langkah’ Tapi Sedapnya Memikat!