Di musim durian ini, kami ingin mengajak anda untuk mencuba resepi Durian Crepe yang gebu ini. Bukan hanya kulitnya yang lembut, tetapi isinya juga melimpah ruah.
Langkah-langkah yang ditunjukkan oleh Farah Musa melalui perkongsian resepi Durian Crepe gebu di Facebook ini sangat mudah, dan sesiapa yang belum pernah memasaknya pasti akan mendapatkan hasil yang memuaskan.
Baca juga: Resepi Durian Mille Crepe Terlebih Lapis, Rasa Lembut Berkrim Di Mulut
RESEPI DURIAN CREPE GEBU
Bahan isi:
- Beberapa ulas isi durian
- Krim whiping non-dairy (gaul sampai kental)
Bahan kulit crepe:
Cara-cara membuat:
1. Pertama, panaskan susu full cream sekejap sehingga suam.
2. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan whisk sehingga sepenuhnya sebati.
3. Untuk mendapatkan tekstur halus tanpa ketulan, tapis adunan sebelum digunakan.
4. Selepas itu, biarkan adunan berehat selama 10 minit.
5. Panaskan kuali non-stick di atas api kecil, tuangkan sedikit adunan dan lenturkan perlahan-lahan untuk membentuk lapisan nipis.
6. Apabila permukaan crepe muncul gelembung-gelembung kecil, segeraangkat dan letakkan di atas pinggan, tidak perlu terbalikkan.
7. Ulang proses sehingga semua adunan habis.
8. Setelah semua kulit crepe sejuk, baru mula proses melipat. Ambil sekeping crepe, letakkan krim whiping, susun isi durian di tengah, kemudian tutup dengan sedikit krim.
Selamat mencuba!
Sumber: Farah Musa
Baca juga: Pancake Durian Yang Lembut Dengan 5 Langkah, Hasil Pun Gebu Elok