Ubi kentang dapat diolah menjadi pelbagai sajian yang menggugah selera. Kali ini, kami ingin mempersembahkan satu resepi ubi kentang yang bukan hanya mudah untuk dipersiapkan, tetapi juga pasti akan disukai oleh ramai orang.
Dengan hanya empat bahan asas, anda boleh mencipta hidangan kentang yang bukan hanya ringkas dan sedap, tetapi juga mampu menarik perhatian terutamanya anak-anak kecil.
Ayuh lihat resepi lengkap seperti yang telah dikongsikan di bawah. Jangan lupa untuk mencubanya di rumah ya!
Baca juga: Resipi Kentang Goreng Cheese ‘Viral’, Buat Sendiri Lagi Jimat Sebab Bahan Murah!
RESEPI UBI KENTANG 4 BAHAN MUDAH
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaan:
- Kupas dan potong ubi kentang. Seterusnya, basuh hingga bersih dan bilas dengan air.
- Rebus ubi kentang yang telah dikupas dalam air panas selama 10 hingga 15 minit. Pastikan ubi kentang cukup lembut agar mudah dilenyek.
- Angkat ubi kentang dan sejukkan dalam penapis.
- Lenyek ubi kentang yang telah direbus sehingga hancur dan konsisten.
- Campurkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk lada putih. Tambahkan sedikit air ke dalam ubi kentang yang telah dilenyek.
- Gaul semua bahan hingga sebati.
- Bentuk mengikut selera.
- Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan. Siap untuk dinikmati.
Kredit resepi dan gambar: Anne Deena
Baca juga: Tip Kentang Goreng Rangup, Kena Rendam Dalam Air Ini Dulu