Jika anda sedang meneliti idea snek yang unik untuk majlis, boleh mencuba resipi Cream-O Pop Stick ini. Ia bukan sahaja menarik, tetapi juga kreatif dan mengagumkan hasilnya.
Anak-anak sangat mudah tertarik kepada snek yang berwarna-warni. Lebih-lebih lagi apabila mereka melihat Cream-O Pop Stick, mesti mereka berebut mahu merasainya.
Untuk menghasilkan snek yang menarik, anda boleh mengikuti resipi Cream-O Pop Stick dengan langkah demi langkah yang telah dikongsi oleh Siti Shamsina di Facebook ini. Mari kita cuba!
Baca juga: Apollo Cake Popsicle Untuk Jamuan Sekolah Anak, Kreatif Dan Menarik!
RESIPI CREAM-O POP STICK
Bahan-bahan:
- Biskut Cream-O
- Coklat coin Beryl’s atau coklat kompaun (coklat hitam, coklat putih atau strawberry)
- Sprinkles (hiasan pilihan masing-masing)
- Batang aiskrim kayu
- Pengikat plastik (twist tie)
- Beg plastik (2.75″ x 4″)
Cara-cara membuat:
1. Pertama, cairkan coklat (hanya memerlukan teknik double boiler).
2. Selepas itu, celupkan hujung batang aiskrim kayu untuk menyambungkan biskut sebelah-menyebelah.
3. Kemudian, masukkan satu bahagian daripada coklat yang telah dicairkan ke dalam bekas.
4. Seterusnya, celupkan Cream-O ke dalam coklat tersebut.
5. Akhir sekali, hias mengikut pilihan sendiri. Setelah hiasan selesai, masukkan ke dalam beg plastik dan ikat dengan pengikat plastik. Siap!
Reka bentuknya yang menyerupai aiskrim dengan hiasan sprinkles berwarna-warni pasti menarik perhatian ramai terhadap Cream-O Pop Stick ini.
Selain itu, snek sebegini sungguh sesuai sebagai pencuci mulut untuk pelbagai majlis. Tambahan pula, jika dibuat untuk potluck sekolah anak, pasti mereka gembira nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Shamsina
Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya