Jika anda merindui menikmati celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba untuk menyediakan sendiri di rumah dengan resepi celup tepung yang dikongsi oleh Nur Masri di bawah.
Setiap kali berkunjung ke Terengganu, tidak lengkap rasanya jika tidak singgah untuk menjamu selera dengan celup tepung. Terdapat pelbagai pilihan celup tepung yang boleh dipilih seperti sotong, ikan, ketam, udang, bebola ikan dan lain-lain.
Yang paling penting, semuanya adalah segar dan berpatutan! Menikmati hidangan tersebut sambil mengagumi panorama pantai yang menakjubkan, sudah pasti membuatkan selera anda meningkat.
Baca juga: Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!
RESEPI CELUP TEPUNG RANGUP
Bahan-bahan:
- Ikan / udang (mengikut pilihan)
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung jagung
- Serbuk kunyit
- 3 ulas bawang putih (dihancurkan halus)
- Serbuk cukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 biji telur
- 1/4 sudu kecil kapur makan
- Air mengikut keperluan
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan di atas dan gaul hingga sebati.
- Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair.
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas sebelum memulakan proses menggoreng.
- Celupkan ikan (atau bahan lain) ke dalam adunan tepung tersebut. Pastikan salutannya rata.
- Seterusnya, masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
- Goreng sehingga masak dan renyah.
- Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Cara Masak Udang Buttermilk Lemak Berkrim, Rasa Yang Tak Boleh Dilupa!